11/12/2013

Gulai Tempoyak Istimewa Ipoh

Kalau dah duduk di Perak ni mesti tidak asing lagi dengan tempoyak. Selalunya tempoyak ni Mummy buat masak gulai tempoyak. Bila-bila pun tekak ni memang akan teringin nak makan gulai tempoyak. Ini adalah menu kegemaran keluarga dan Mummy sendiri. Makan gulai tempoyak ini mesti ada pasangan lauk dia iaitu sambal ikan bilis garing. Marvelous!! Gulai tempoyak di masak pekat-pekat cukup pedas cili padi, masam dan manis. Nyummm! Hehehe.

Selalunya masak gulai tempoyak dengan ikan jenahak tapi ada ikan kembung jer. Teringin punya pasal ikan kembung pon sedap jugak. Selalunya gulai tempoyak dimasak bersama-sama timun cina.

Sambal tumis garing ikan bilis. Makan dengan roti pun sedap atau dengan bubur.

Sayur popeye atau sayur sup bayam. 

Alhamdulillah. Hari ini lunch dengan Gulai Tempoyak, Sambal Tumis Ikan Bilis dan Sup Sayur Bayam. Resipi gulai tempoyak nanti akan dikongsikan di entri yang lain.

Korang suka tak makan gulai tempoyak??

Xoxo
Mummy Akmar