10/12/2013

Check-In Di Tower Regency Hotel & Apartment Ipoh

Cuti sekolah Disember 2013 ni memang ada plan nak pergi bercuti jauh sikit. Tapi keadaan tak mengizinkan sebab Opah pun baru discaj dari Hospital dan lagi pulak cuaca pun asyik hujan jer. Qashrin pulak asyik tanya bila nak tidur hotel dan nak swimming.


Ada satu hari tu, Opah ke KL dan tinggal kami berdua di Ipoh. Mummy ambil peluang untuk bersama-sama pergi bercuti. So, kami pun check-in di Tower Regency Hotel & Apartment di Ipoh ni. Tak jauh pun dari rumah kami. Cadangnya nak bermalam di sana selama 3 hari 2 malam. Tapi ada perkara yang tak diingini terjadi...................

Gambar ini sebenarnya sewaktu nak check out keesokkan harinya.

Waktu nak check-in tu memang penuh jugak ramai guest baru sampai. Lebih kurang dalam pukul 5 petang. Mulanya memang request one queen size bed tapi bilik tu takde WiFi. Hahaha. Takperlah 2 single bed pon takperlah. Suruh diorang cantumkan katil tu. Harga semalam untuk apartment room RM150 termasuk 2 pax breakfast. So, Mummy bayar RM350 untuk dua hari dan deposit RM50. Memang nak Hotel Room tapi semua dah penuh tinggal apartment room sahaja. 

Seronok sangatlah si kenik tu. Melompat, berlari, buat pemeriksaan sana sini. Tempat paling dia suka dekat sini. Asyik bukak tutup pintu peti ais. Hahaha.

Bilik sangat besar. Takootttt....Besar sangat untuk kami berdua. 

Banyak tak ambil gambar pun. Ambil secara malas. Hahaha. Besar sangat bilik ni. Simple cukup untuk pengunaan apa yang perlu.

Katil kami setelah dicantumkan.

Memang cadangnya nak berenang petang tu. Tapi keadaan hujan dan swimming pool tutup pada pukul 7pm. Malam tu, waktu nak keluar dinner pon masih hujan renyai-renyai. Kami makan di Restoren Haji Shahrin Low Grand sahaja sebab dekat.

Malam tu nak makan malam, lepas kami kena hot shower. Yerlah hari kan hujan jer. Pakai baju yang sama je cuma pakai cardigan terus ke Restoren Haji Shahrin Low Grand. Suka sangat dapat bergambar dengan snowman. Gambar yang ini paling okay.

Teruja lagi sekali dapat ambil gambar dengan patung santa ni. Hehehe

Malam tu kami makan Watan Hor seafood. Banyak betul Qashrin makan. Panas-panas memang sedap. Harga RM7 sahaja. 

Malam tu memang takde aktiviti sangat melainkan tengok tv. Sebelum tu singgahlah sekejap di kedai bawah hotel beli makanan untuk Qashrin. Malam tu waktu tidur memang rasa susah sikit nak tidur. Tapi tengok Qashrin biasa sahaja. Ada jugak Qashrin kata, "mi, siapa panggil nama ichin?" Mummy buat tak tahu jer. Memang tak dengar ler pulak apa-apa. Lepas tu malam tu, terjaga masih boleh buat susu untuk Qashrin memang takde apa-apa yang terjadilah. Lebih kurang pukul 3 pagi, tiba-tiba TV ternyala sendiri. Remote control atas meja tepi katil. TV on sendiri terbukak di siaran yang dah ada line-line warna-warni tu. Rasanya sebelum tutup tadi channel MAX. Gelabah giler. Cecepat sambar remote control lepas tu tutup. Ambik bantal tutup muka. Paksa diri tidur semula dan berdoa agar cepat matahari terbit. Nombor bilik 1336 yang Mummy duduk ni di tingkat 13. Erkk~

Pagi-pagi tu sebelum sarapan, terus telefon Reception nak  check-out hari tu jugak dan tanya boleh dapat tak balik balance payment. Mujur dapat balik untuk lagi satu hari tu. Breakfast di tingkat 6 macam-macam makanan ada. Tapi kesian dekat Qashrin, dah siap-siap pakai swimsuit tapi masih hujan. Lagi kesian, tengok dekat mulutnya di bibir ada ulser. Sakit teruk sangat sampai tutup mulut dengan tangan. Lepas check-out terus sahaja bawak dia ke Hospital Pantai Ipoh jumpa doktor Kuldeep. 

Toilet bersih

Bilik yang besar untuk kami berdua. Waktu ini masih hujan renyai renyai. Qashrin baring jer.

Sebelum nak checkout

Lobby

Hari yang sama juga ke Hospital Pantai Ipoh. Risaukan ulser mulut Qashrin. Makan taknak, minum taknak apa pun taknak. Sampai bergaduh paksa dia minum susu. Yerlah sampai pukul 3 petang taknak makan apa-apa sebab sakit mulut. Nak telan air liur pon sampai bersedut sakit. Aih..hati ibu mana tak risau. Dah periksa-periksa kena charge RM100.10 phew~~

Dekat Hospital Pantai klinik Dr. Kuldeep. Ulser ni terjadi lepas dia main-main dengan sepupu dia terjatuh. Keadaan makin teruk. Siannya dia....nak telan air liur pon bersedut bagai.

Lepas je jumpa Dr. Kuldeep malam tu Qashrin mula demam. Mungkin kena hujan waktu nak turun naik kereta. Mujur ada ubat demam spare 2 botol dalam almari. Lama jugak dia demam dalam 4-5 hari juga. Alhamdulillah sudah pulih sepenuhnya. 

Rancangan cuti seterusnya, nak bawa Qashrin ke Lost World of Tambun lepas check-out hari tu. Dah pulak dia demam. Dah baik demam dalam 2-3 hari ni asyik hujan pagi petang je. Tengoklah macamana nanti.........

Xoxo
Mummy Akmar