27/12/2013

Cashout Earnings Nuffnang Kali Kedua

Alahai, perlahan sangat nak dapat pendapatan blogging dari Nuffnang. Hahaha. Okay ini bukan kutuk atau marah. Ini adalah realiti yang terpaksa hadapinya dengan hati terbuka. Nuffnang memang perlahan bak siput kalau nak dibandingkan yang lain. Takperlah, terima seadanya dan redha. Nanti manalah tahu boleh setanding blogger hebat yang lain, dapat earnings malatops. Gigih menunggu ni.

Tapi apa-apa pun. Sudah ada kemajuan. CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaign berjalan dengan jayanya. Walaupun dulunya sangat sen sen sahaja. Hahaha Malu okay nak buat screen capture. Tapi sekarang ni dah nampak ringgit-ringgit. Syukur-syukur. Tengah bersabar dengan Nuffnang supaya dia baik hati bagi lagi CPUV dan nilai tu biarlah ringgit-ringgit. Hehehehe. Terima kasih. CPUV masih on going nampaknya. Dari bulan Jun sampai Disember ni masih dapat CPUV. Syukur.....

Ini adalah kali kedua Mummy cashout earnings Nuffnang. Nilainya cukup-cukup makan je. Malu pun nak kongsi. Hahaha. Rasa mati segan hidup tak mahu. Tekanlah jugak dan sekarang nilai menjadi kosong. Kali kedua cashout sepanjang berblogging ni. Takperlah. Bersyukur je lah. Tunggulah dalam 30 hari, sampailah cheque tu nanti di rumah.


Blogger lain mesti earnings Nuffnang hebatkan? Mesti ada yang dapat earnings bukan sahaja dari CPUV atau CPC, mesti ada juga dapat dari sponsored post. Seronoknya. Kongsila tips. Hahahaha

Xoxo
Mummy Akmar