18/12/2013

Cara Memasak Nasi Arab Chicken Mandy Dengan Periuk Noxxa Yang Sedap Dan Mudah

Hari tu mak saudara singgah sini berikan Rempah Ustazah Nasi Ayam Mandhy untuk kami. Katanya senang je nak masak Nasi Arab Chicken Mandy dengan menggunakan periuk Noxxa. Opah dengar ni memang suka bebenorlah kalau periuk Noxxa dia tu boleh masak macam-macam. Hehehehe!


Bila tengok cara memasak nasi arab chicken mandy memang senang lagi-lagi menggunakan periuk Noxxa. Hanya perlu masak selama 4 minit sahaja dan resipi ini boleh cukup untuk 10 orang makan. Nasi arab chicken mandy ni juga dimakan dengan sos harrah dan salad arab. Amboi semua nak arab kan. Hehehe. Okay, jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaan untuk ketiga-tiga resipi.

Bahan-bahan Nasi Arab Chicken Mandy

4 gelas beras basmathi
4 gelas air
2 sudu minyak zaitun
2 sudu besar garam 
1 kiub ayam
4 sudu besar yogurt
4 helai daun pandan 
Daun ketumbar
Daun pudina
1 paket rempah ustazah nasi ayam mandhy



Cara-cara Memasak Dengan Periuk Noxxa

1. Masukkan air, minyak zaitun, kiub ayam, garam, daun pandan, yogurt dan rempah ustazah nasi arab mandhy. Kacau hingga sebati.

2. Masukkan pula beras basmathi, ayam dan kacau sehingga sebati. Setting periuk Noxxa High Pressure selama 4 minit.

3. Bila dah cukup 4 minit, keluarkan wap dan buka penutup periuk. Bancuh sedikit pewarna kuning telur dan renjis-renjis atas nasi. Kalau ada saffron lagi baik, tapi cuma ada pewarna sahaja. Taburkan daun ketumbar, daun pudina dan kalau ada gajus dan kismis pon boleh.

Bahan-bahan Salad Arab

Timun Zuccinni didadu
Daun salad
Tomato cherry didadu
Daun ketumbar
Daun pudina
1 cili merah di hiris
1 botol yogurt


Cara-cara Membuat Salad Arab

1. Potong semua bahan-bahan di atas

2. Letakkan yogurt dalam ni. Terus masukkan dalam peti ais biarkan sejuk. Bila nak makan nanti baru gaulkan.


Bahan-bahan Sos Harrah

6 cili hidup merah + 1 cili padi
4 biji tomato
1 biji bawang besar bersaiz kecil
Daun pudina sikit
Garam sedikit 


Cara-cara Membuatnya

1. Potong semua dan blend. Gambar sos di bawah ni yang warna merah tu.


Inilah hasilnya sepinggan Nasi Arab Chicken Mandy dimasak dengan rempah ustazah chicken mandy dengan menggunakan periuk Noxxa. Senang sangat dan mudah. 

Kalau teringin nak makan Nasi Arab Chicken Mandy ni boleh lah buat sendiri pakai periuk Noxxa ni. Cepat, mudah dan senang. Kalau sesiapa nak dapatkan periuk Noxxa ni boleh hubungi Mummy =)

Xoxo
Mummy Akmar