16/12/2013

Cara-Cara Memutihkan Ketiak Dengan Remedi Di Rumah Dan Mudah

Mempunyai ketiak gelap bukanlah satu penyakit atau masalah perubatan. Ketiak gelap boleh ditakrifkan sebagai kejadian warna gelap pada kulit di persekitaran bawah ketiak dan warnanya berbeza dari warna kulit seluruh badan. Antara punca utama ketiak berwarna gelap adalah kesan dari bercukur, kerap menggunakan krim buang bulu, peluh berlebihan, kurang pengudaraan di bahagian ketiak, pengumpulan sel-sel mati, penggunaan anti-perspiran atau deodoran berasaskan alkohol dan merokok. Antara punca lain juga adalah obesiti dan diabetes.

Jika anda mempunyai ketiak gelap, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana anda boleh menyingkirkan warna gelap itu dengan mengikuti cara remedi di rumah dengan mudah. Remedi-remedi ini adalah selamat, berkesan, semulajadi dan berpatutan dan juga tanpa sebarang kesan sampingan.


Barangan peroleh dari dapur.

Walau bagaimanapun, adakalanya setiap kulit mempunyai tahap sensitiviti yang berlainan dari seseorang yang lain. Jika anda mempunyai sebarang komplikasi atau radang menggunakan bahan-bahan ini, maka anda perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya.

Berikut adalah 5 cara untuk menghilangkan ketiak gelap:

1. Kentang
Kentang mempunyai sumber berasid yang lembut sebagai agen peluntur semula jadi. Untuk menghilangkan ketiak gelap semua yang anda perlu lakukan adalah dengan mengambil estrak jus kentang di bawah ketiak anda. Pertama, ambil sepotong nipis kentang dan menggosokkan di kulit ketiak. Kedua, dengan memarut kentang dan peras jus kentang dan sapu pada kulit yang gelap.

2. Timun
Sama seperti kentang. Timun mempunyai ciri-ciri pemutihan semula jadi. Anda boleh menyapu jus timun di ketiak anda. Untuk ini, anda boleh gosokkan ketiak dengan kepingan timun nipis. Cara yang lain adalah dengan memarut timun di campur dengan titisan air limau dan kunyit hidup yang di hancurkan. Terus tampalkan campuran remedi ini di ketiak anda. Dibiarkan dan ulanginya.

3. Minyak Kelapa
Minyak kelapa adalah satu lagi pilihan baik untuk menghilangkan ketiap gelap. Minyak kelapa mengandungi ramuan penting seperti Vitamin E yang boleh membantu dalam mencerahkan ketiak. Sebelum mandi, urutkan bawah ketiak anda dengan minyak kelapa selama sepuluh hingga lima belas minit. Kemudian bilas dengan air lembut dan sabun.

4. Lemon
Lemon adalah sejenis pembersih semulajadi dan ia juga bertindak kuat anti-bakteria dan anti-septik. Ini adalah sebabnya mengapa limau digunakan dalam rawatan pelbagai masalah kulit yang berkaitan termasuk ketiak gelap. Untuk membuang sel-sel kulit mati dan untuk meringakan nada kulit daripada ketiak anda. Ambil sekeping tebal lemon dan gosokkan di kulit gelap di bawak ketiak anda. Cuci tempat tadi dengan air suam. Selepas beberapa ketika, ambil sedikit pelembap muka (moisturizer) dan sapukan kerana lemon boleh menyebabkan kulit anda kekeringan. Cara lain juga boleh diperahkan jus lemon dan campur sedikit kunyit hidup dan sapu pada permukaan kulit gelap tadi. Biarkan selama 10 minit sebelum cuci. Boleh juga digantikan kunyit dengan madu atau yogurt.

5. Susu
Susu adalah ramuan yang baik untuk ketiap gelap. Vitamin dan asid lemak dalam susu adalah baik untuk kulit kerana ia boleh membantu dalam mengurangkan noda kulit gelap. Ambil dua sudu susu masukkan satu sudu besar yougurt dan satu sudu besar tepung. Campurkan ramuan dengan betul untuk dibuat pes tebal dan sapukan pada ketiap gelap. Biarkan selama kira-kira lima belas minit kemudian basuh dengan air sejuk. Remedi ini akan melembutkan kulit dan menghilangkan sel-sel kulit mati. Menjadikan warna kulit lebih cerah. Pilihan lain untuk membuat remedi dengan campuran, susu, secubit kunyit serbuk dan madu.

Ikuti tips ini di atas secara teratur untuk menghilangkan warna ketiap gelap. Anda akan merasai perbezaan kulit lembut, licin dan lebih cerah warna kulit. Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar