28/12/2013

Aktiviti Sebelum Sekolah Bermula

Semalam bawak rombongan budak-budak ke Cheekytots De Garden Ipoh. Mahal jugak entrance untuk school holiday. Seorang RM20 tau. So, bagi diorang main puas-puas. Main selama 5 jam. Itu pun Qashrin tak mahu balik. Main-main sampai berpeluh-peluh tak ingat dunia. Hahahaha. Main turun naik slides, lepas tu dahaga, lepas tu lapar. Itu jerlah diorang ni kerjanya.

Kali ini, Mummy pon join main slides. Memula tu, macam bergema tempat tu sebab menjerit kaw-kaw macam takot pun ada, laju pun ada macam-macam perasaan. Eh? Lepas tu best pulak. Bersaing-saing naik dengan budak-budak ni. Hahahahaha.

Work it out baby!!

Climbing up all alone by herself

Kerjasama untuk melintasi jambatan tali. #teamwork #supportsystem

Turun slides beramai-ramai

Wuuuuuuuu....

Dah penat tu haruslah isi tanki memasing. Marilah berkongsi beramai-ramai.

Dah makan, nak cupcakes pulak.

Nak balik dah. Semua dapat mini gifts semperna Krismas

Kitorang keluar dari Cheekytots De Garden dalam jam 6.30 petang. Balik rumah semua penat. Nasib baik sempat bagi Qashrin makan malam awal, mandikan terus. Lepas tu, terus terlentok depan TV siap berdengkur manja. Hahaha.

Xoxo
Mummy Akmar