18/11/2013

Ya Allah Terima Kasih Selamatkan Dan Panjangkan Umur Emak

Malam Jumaat pukul 3 pagi. Sedang lena tidur. Terdengar bunyi sesuatu jatuh dalam bilik air.

Walaupon tengah lena tidur, tatkala terdengar sesuatu lantas terus terjaga dalam tidur dan terus tersebut "Ya Allah Makkkkk"

Entah macamana bangun dalam sedar tak sedar pergi terus ke tandas dan ketuk pintu panggil "makk makkk bukak pintuuuu"

Tengok-tengok mulut mak berdarah teruk tak henti-henti. Dia terjatuh. Lantai takde pun setitik air. Katanya dia terus tiba tiba jatuh waktu duduk selepas buang air kecil.


Ya Allah, terima kasih sedarkan aku dari tidur yang lena dan selamatkan mak. Masih terngiang ngiang wajah mak waktu itu.


Buat masa ini, masih bermalam di Hospital Pantai untuk rawatan. Bersambung di lain entri.

:(
Mummy Akmar