11/11/2013

Resipi Macaroni And Cheese Mudah Dan Sedap

Jumaat lepas adalah hari yang paling busy sebab nak menyiapkan tempahan kek. Tanya Qashrin dia nak makan apa untuk tenghari. Dia kata "ichin nak macaroni and cheese". Nak makan menu yang sama lagi. Suka bebenor menu ni. Barang memang takde dalam peti ais.

Jadinya, Mummy ke kedai depan tengok-tengok bahan apa boleh Mummy jadikan menu Macaroni and Cheese untuk si kecil kesayangan tu. Mummy ternampak Prego Cheese and Herbs Sauce. Woww~ Macam senanggggg jeeeee macam sedappppp jeeeeeee... Hehehehe. Terus Mummy beli. Harga murah je baru RM4.00 setin. Macaroni yang tak masak ada lagi balance 1 paket di rumah.

Pakai sos dalam tin macam ni senang tayah susah-susah sangat. Tapi kalau nak rasa cheesy lagi bolehlah tambah cheddar cheese warna kekuningan tu. Tapi untuk anak Mummy ni, yang ini pon dah cukup menyelerakan untuk dia. Dua kali tambah lagi. Sampai malam-malam pon dia taknak nasi nak Macaroni and Cheese ni.


Resipi
2 ulas bawang putih ditumbuk
Minyak Zaitun
2 keping cheese biasa
1 tin prego Keju & Herba 
1/3 botol susu segar Dutch Lady/ Susu Cair
1/2 packet Elbow Macaroni

Cara-cara
1. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
2. Tuangkan sos prego Cheese & Herbs dan susu biarkan mendidih. Susu tu agak-agaklah banyak mana sos yang korang nak. 
3. Letakkan kepingan cheese tadi sehingga cair. Kepingan cheese pon ikot kemasinan dan kecheesy-an yang anda suka. 
4. Masukkan macaroni yang dah direbus empuk.
5. Kacau dan hidangkan.

p/s: resipi ini Mummy tak pakai garam langsung.

Sebenarnya boleh diolahkan macam-macam masak gunakan Prego Cheese and Herbs Sauce ni. Boleh buat makaroni bakar, atau nak sedap lagi letak daging cincang atau ayam dan juga sayur-sayuran. Mengikut selera anda. 

Amboi siap nak makan dalam bilik yer. Ini round pertama. 

Whoaaah. Ini round ke dua........Hehehehe Makan sampai begitu sekali. Sedap dan sukalah tu. Dah ketagih macaroni and cheese ni.

Malam tu pon cubalah suapkan nasi dan ayam. Masih tanyakan lagi Macaroni and Cheese. Mujur ada sedikit lagi. Panaskan dalam microwave dan terus dia ngapppp sampai abis. Hehehehe....

Xoxo
Mummy Akmar