05/11/2013

Pendaftaran Taska & Tadika MMSB Jalan Sultan Azlan Shah

Semasa mesyuarat di Teluk Intan baru-baru ini, MMSB Bercham telah pun membuat panggilan yang 26 Oktober adalah hari pendaftaran untuk kemasukan baru bagi tahun Januari 2014. Ini adalah kerana, Mummy pernah ke sana untuk tanyakan harga pendaftaran untuk kemasukan tahun depan dan mereka suruh tinggalkan contact number untuk dihubungi masa Open Day nanti. Mulanya memang Mummy bercadang nak masukkan Qashrin di MMSB Bercham sebab dekat sangat dengan rumah. Tapi atas nasihat kakak dan ada jugak dengar pendapat kawan-kawan yang MMSB Tiger Lane yang berdekatan dengan Royal Golf Club lebih baik dari segi tenaga pengajar dan suasana pembelajaran.


So, Mummy pon tanya pada kakak ipar samada boleh tak tolong Mummy kalau boleh dapat harga diskaun untuk pendaftaran Qashrin. Sebabnya, dia sahaja yang masih lagi menghantar anaknya di MMSB Tiger Lane. Alhamdulillah dia nak bantu Mummy untuk tanya kan tentang harga dengan seorang perempuan cina yang bernama Ms. Koay. Kakak ipar pon beritahu yang dia dah pon berbincang dengan Ms. Koay dan katanya dia boleh waved kan beberapa ratus atas sebab dah ramai adik beradik kami hantar anak-anak ke sana dan salah satu alasan yang digunakan pula adalah Mummy seorang ibu tunggal. Dia siap bagi pamplet pada kakak ipar dan disuruhnya bawak kertas itu bersama pada waktu pendaftaran nanti.

Nak dijadikan cerita, Ms. Koay belum sampai dan Mummy adalah orang pertama yang datang untuk berdaftar. Pada waktu itu yang ada adalah Pengetuanya. So, Mummy tunjjukkan dia kertas yang Ms. Koay berikan. Alhamdulillah, banyak jugak dikurangkan sebab harga MMSB Tiger Lane adalah berbeza dengan pamplet yang Mummy ambil di MMSB Bercham. Katanya mereka sudah buat adjustment price mengikut kadar semasa minggu lepas. Nak dijadikan cerita, memang Mummy amik pamplet tu dalam 3-4 minggu sebelum hari pendaftaran. Memang banyak harga dikurangkan. Total untuk half day di MMSB Bercham adalah RM1006 manakala di MMSB Tiger Lane dengan harga baru adalah RM1300++. 

Bila dah buat perbandingan dan pengurangan. Mummy hanya perlu bayar RM956 sahaja. Miracle sangat, sebab sangat berbeza. Hahaha. Sebab Mummy nak mintak bayaran untuk yang RM1006 tapi lepas di tolak-tolak yang beberapa ratus tadi pada asalnya, total jadi lebih banyak berkurangan. Alhamdulillah....

Total yang perlu dibayar itu adalah termasuk
  • Registration Fees
  • Deposit
  • Uniform 2 sets
  • Tshirt 1 set
  • Miscellaneous
  • PA Insurance
  • Montly Fees
MMSB Tiger Lane RM1300++ Lepas diskaun dan perbezaan harga Mummy hanya bayar RM956. Ajaibkan? Hahahaha. 

Hari Sabtu tu, pepagi lagi Mummy dah siap sedia. Dalam 7.45 pagi Mummy dah sampai di MMSB. Konon nak cepat dapat voucher coupon tu. Dahlah hari yang sama adalah launching Butik kakak ipar. Malam tadi dah bertungkus lumus buat kek. Gigih betul!! Rupanya voucher coupon tu adalah makan PERCUMA lunch or dinner buffet di Hotel Kinta Riverfront. Hehehehe. Beruntung dan bertuah lagi. Syukur......


As usual, there is always soalan cepumas being asked to me about the Father's Information. Yerlah sebab waktu tu Ms. Koay tak sampai lagi. So, yang entertain Mummy waktu tu adalah Pengetua sendiri. So, I have to go back to year 2009 to brief her about the whole story. Barulah dia paham. Sebab tulah dia beriya-ria nak tolong Mummy. Memang harga yang amat berbeza. Itulah pertolongan Allah di mana-mana. Syukur sangat.

Bayaran bulanan untuk half day adalah RM360 manakala untuk full day adalah RM510. Rasanya nak hantar full day. Sebabnya dia mesti kena belajar rajin-rajin. Dialah sorangnya anak Mummy. Tak rugi kalau buat investment  dari awal lagi supaya dah besar nanti menjadi seorang anak yang pintar. Ecewah...Hahaha.

Bila balik, bawak bag sekolah baru, Qashrin teruja sangat. Kehulu kehilir bawak bag dia ni. Dia cuba pakai dress uniform dia. Suka sangat.

Dapat snap gambar-gambar ini sahaja sebabnya lepas settled kan hal-hal ini. Terus sahaja nak pergi ke Angsana Mall untuk majlis pembukaan Oya Suzzan Boutique nak hantar kek-kek tu. 

Tak sabar nak masukkan Qashrin ke sekolah. Sudah pun buat perancangan untuk pembelajaran El Qashrin Qaisara tahun hadapan.

1. Belajar di Tadika MMSB

2. Belajar Seni Pertahankan diri Tang Soo Do di rumah kawan. Dia suruh datang join kelas kanak-kanak pada hari Khamis dan dia kata PERCUMA sahaja. Kawan Mummy tu cina. Dia macam nak tolong Mummy as single mother, so dia taknak charge apa-apa. Alhamdulillah.

3. Kelas melukis di Bercham. Cikgunya adalah graduan USA mengajar seni lukis. Dulu kelasnya untuk umur 4 tahun hanya RM20 sahaja. Tapi, dia kata dia sudah naikkan ke RM35 atas sebab harga minyak dah naik. Uish....

5. Kelas mengaji Sekolah Agama Rakyat di rumah Mummy. Tapi, pengetua nya kata dia amik darjah satu sahaja. Takot nanti Qashrin nak terkencing dan berak. Ada kes berak dan kencing merata-rata. Mummy dah cakap yang Qashrin dah memang tak pakai pampers siang dan malam. Tengah nak pujuk Mak Tok ambil dia jugak belajar agama mengaji, belajar sembahyang, tajwid dan macam-macam lagi.

Inilah perancangan Mummy untuk Qashrin pada tahun hadapan. InsyaAllah semoga harapan ini menjadi kenyataan sebab semua ini ditentukan oleh Allah S.W.T. Yerlah kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan. Kita sebagai manusia, cuba untuk merancangkan yang terbaik dan tawakal. Dan selebihnya ditentukan olehNya.

Ewah...panjangnya cerita Mummy. Hmmmm....penat jugak tangan menaip. Phewww~ Doakan untuk permaisuri kecil Mummy tu.

Sehingga bertemu lagi di entri yang lain. 

Xoxo
Mummy Akmar