22/11/2013

Mummy Jadi Duta 8Share ??

Tak sangka pulak. Apakah Mummy menjadi Duta 8Share? Sebenarnya dah lama nampak gambar Mummy dalam Facebook 8Share yang dikongsikan seantero dunia, sampai ramai yang private message Mummy samada nak tanyakan pasal 8Share ni betul ke tipu atau nak bagitahu yang Mummy yang muka Mummy ni dekat dalam Facebook 8Share. Tulah ingatkan diorang buat dekat Facebook je.

Selalunya kalau nak check earnings terkumpul, bukak melalui smartphone sahaja. Tapi, baru-baru ini bukak laman sesawang 8Share ternampak pulak gambar Mummy dan Qashrin depan-depan lagi. Hahahaha Adoihai. Takde ke gambar lain diorang nak amik. Gambar ni diambil dalam kereta on the way nak pergi jamuan Akikah anak abang 2 tahun lepas kot. Hahaha.


Siap dengan caption lagi dalam gambar ni. Mungkin diorang ambil ini dalam blog Mummy semasa Mummy kongsikan cerita pasal 8Share. Hahahaha.

Sebenarnya Mummy sendiri gatal-gatal kata diri ini Duta 8Share. Bukannya apa, minggu lepas ada kawan di Universiti dulu tanya macam pasal 8Share katanya takot di tipu. Katanya "ternampak ko jadi duta".


Ek eh.. Apaa? Duta 8Share? Hahahaha. So, sahajalah bukak website 8Share dekat laptop. Ternampak muka gebu I di situ. Hehehehe. Apakah diri ini Duta 8Share??? Sebenarnya pandai-pandai buat gelaran sendiri. LOL

Xoxo
Mummy Akmar