11/11/2013

Makanan Thai Di Restoren Nasi Lemak Ayam Kampung

Minggu lepas berdating dengan kawan baik. Hahaha. Okay macam biasalah. Blog ini kalau takde cerita lain cerita pasal makanan. Lepas entri ini pon cerita pasal makan. Jap eh....nak cerita yang ini dulu.


Di Ipoh ni mesti ramai dah tahu pasal Restoren Nasi Lemak Ayam Kampung. Menu nasi lemak ayam kampung mestilah ada kalau dah namanya gitu. So, dekat Ipoh ni kalau nak makan nasi lemak memalam buta, inilah tempatnya. Selain dari nasi lemak, restoren ini juga menyediakan masakan goreng-goreng dan makanan laut yang boleh kita pilih dan suruh mereka masakan. Apa yang menarik di sini, mereka menyediakan Sup Belut. Ada belut hidup hidup dalam akuarium dekat situ. Tapi Mummy belum pernah cubalah. Tak berani.....Hahahaha

Ceritanya, dah lama tak jumpa. Takdelah lama sangat. 1 minggu je pon. Makanya kawan baik telah meng-oder menu makanan yang banyak sampai tak abis kami makan. Yerlah berdua. Kalau uolls tengok gambar nanti pasti terkezot sebabnya makan untuk duaorang. Mummy dah cakap jangan order banyak-banyak tapi dia kata sebab sayang punya pasal order banyak-banyak bagi kenyang. Eh orang nak kuruskan badan bukan nak bagi mengembang lagi ni. Aiyoooooooooo.

Paling I benci....bukan benci apa. Hahaha. Dia amik kecil je portion tu, selebihnya dia amik letak semua dalam pinggang Mummy. Huhuhuhu. Uwaaaaaaaaaa..pinggan Mummy penuh! Okaylah malas nak cerita. Jom tengok gambar............

Telur bungkus, sotong segar dia suruh goreng kunyit, tomyam campur, sayur kailan ikan masin dan ayam kampung. Lepas tu dia order lagi ayam kampung satu set. Uishhhhh jenuh nak telan semua ni. 

Datang pulak ikan siakap masak tiga rasa. Ikan ni banyak baki okay tak di makan.

Banyak betul makanan. Tapi sini makanan dia semua sedap-sedap dan berasa. Mummy suka tomyam dia. Memang sedap!!!! Mummy kongsikan alamat Restoren Nasi Lemak Ayam Kampung. Kalau sesiapa datang Ipoh nak makan makanan goreng-goreng, nasi lemak ke atau makanan laut. Bolehlah ke sini dan dapatkan alamat di bawah ni


Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung
No 43-45, Jalan Ali Pitchay,
Ipoh, Perak, Malaysia.
Telephone : 6016-545 9000, 605-254 4318

Xoxo
Mummy Akmar