05/11/2013

Majlis Perlancaran Sekim Kejiranan / Neighbourhood Watch Ipoh Garden Zone 8

Pada 22 Oktober yang lalu telah pon berlangsung Majlis Perlancaran Sekim Kejiranan / Neighbourhood Watch Ipoh Garden Zon 8 dengan kerjasama antara penduduk setempat, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Perak, IPD Ipoh dan Balai Polis Sungai Senam.

Majlis amat berbesar hati dengan kehadiran Y.D.H Toh Muda Orang Kaya-Kaya Penglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Ab. Wahab Bin Dato' Seri Azizul Hassan selaku Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Perak (MCPF) untuk merasmikan perlancaran Sekim Kejiranan ini.


Wah...amatlah formal sangat mukadimahnya. Seperti di entri INI, Mummy kena jadi emcee pada hari tersebut. Hehehe. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Best pulak jadi emcee ni. Hahahah. 

Lepas tu tak sangka pulak, hari ini, kawan Mummy beritahu yang gambar majlis perlancaran tempoh hari dah pon disiarkan di surat khabar. Terperasan ler kejap, dapat masuk surat khabor kan. Hehehe. 

Ucapan yang disampaikan oleh DSP Vijay....

Tetamu kehormat. Toh Muda Datuk Wahab, ACP dari Balai Polis Sg Senam (nama dah lupalah pulak), Datuk Nordin Alauddin

Ucapan oleh Y.D.H Toh Muda Orang Kaya-Kaya Penglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Ab. Wahab Bin Dato' Seri Azizul Hassan

Sesi memberi sijil peringatan kepada dua pegawai polis. 

Heheheh. Nasib ada tangan tu nak cover badan I yg gebu. LOL

Gambar di bawah ini adalah pemberian cenderahati kepada tetamu-tetamu undangan.







Akhir sekali, I pon dapat cenderahati iaitu lovely orchids........ <3

Inilah gambar kami semua dalam New Straits Times 5/11/2013 

Itulah Mummy cakap, memang I busy bebenor mengalahkan Menteri. Macam-macam event Mummy kena hadir. Tu tak masuk lagi meeting-meeting yang Mummy attend. Echewah.......

Xoxo
Mummy Akmar