30/11/2013

Macamana Nak Kurangkan Berat Badan Kalau Macamni

Holaaa readers! Lama jugak rasa tinggalkan blog. Lama ke? Agak-agak dalam 6 hari kot. Tengoklah topik entri kali ini. Macam pantun pulakkan. Di awal perkataan ada macamana di akhir perkataan macamni. LOL Pantunlah sangat ni.

Kalau rajin nak snap-snap photo makanan tu memang rajin. Tapi minggu ini Mummy jenuh menternak lemak. Yes...bukan sahaja ayam, kambing atau lembu boleh diternak. Tapi LEMAK jugak mampu diternak. Hahahaha. Asyik makan je. Niat dan hajat untuk menurunkan berat badan ni macam tak berjaya je. Sekurang-kurangnya kononnya nak turunkan berat badan macam waktu belajar dulu. Yerlah Mummy sedar diri ini suka hangat-hangat tahik ayam. Hahahaha

Kalau nak kongsikan entri makan-makan seharian dalam 6 hari ni. Agaknya terbeliak kot mata korang. Hahahaha. Makan FREE memang sedapkan sebab orang belanja. Lagi pulak orang yang order tu suka dengar cakap Mummy. Biasalah Mummy, teringinlah nak makan itu dan ini. Hehehe.


Brunch - Old Town White Coffee
Breakfast di Old Town White Coffee. Eh tak, brunch. Sekali lunch lah ni. Pagi-pagi ice cream roti. Wantan mee dan hot choco. Yes.. yummmy!!!


 Dinner - Restoran Hj Shahrin Low
Wantan Hor dan Asparagus Goreng Tepung

Sizzling Japanese Taufu

Chinese Style Tomyam

Nasi Goreng Ikan Bilis dan Nasi Goreng Ikan Masin

Malam tu memang teringin Watan Hor lepas tu pulak teringin nak makan  Nasi Goreng Ikan Masin dengan Tomyam. Memang sedap Tomyam Seafood dekat restoran ni. Yang lain tu order sebagai tambahan side dishes.

Bila gembira, hati pon gembira lepas tu perut pon macam gembira. Hahahaha. Lagi sekali pantun jugak. Aih..Biler dapat turunkan berat badan.

Xoxo
Mummy Akmar