06/11/2013

Kata Qashrin - Ini Papa Teddy, Mama Teddy dan Anak Teddy

Tak sangka pulak patung-patung Mr. Teddy salah satu karakter dari cerita Mr. Bean ini dapat disatukan dalam rumah kami. Mummy beli tiga-tiga patung tu dia tahun-tahun berbeza dan di tempat yang berlainan. Tak berniat pon nak kumpul. Tapi bila pergi ke suatu tempat. Qashrin sendiri akan request nak doll atau patung pilihan dia.

Gambar pagi ni, belom mandi lagi ni. 

Qashrin cakap ini papa dia, mama dia, ini anak dia. Amboih dah pandai dia eh. Sekarang ni tengah obses pulak dengan Mr. Teddy. Selalu dia akan berkepit dengan Minnie Mouse yang dibeli oleh Mama Acik waktu di Jepun dulu. Minie Mouse tu anak dia. Tiap-tiap hari usung kehulu kehilir. Dalam kereta, dalam bilik, nak tidur, nak makan. Hari ini tetiba ke Teddy pulak.

Yang besar ni tak ingat beli dekat mana. Yang medium saiz tu beli di Sunway Pyramid sebab kain dia macam sedap di pegang dan di ramas-ramas. Hahaha Dan paling kecil beli dekat Restoren Line Clear Penang masa cuti hari tu. Nak keluar dari Restoren tu, tiba-tiba Qashrin ternampak keychain ni. Dia kata nak yang tu. So belikan keychain Teddy. Terus jadi Collections of Mr. Teddy.

Apakah maksud semua ini? Jeng-jeng-jeng......*Tetibe!! Rajin pulakkan nak menaip dua-tiga entri tiap-tiap hari. Yeah, mari Qadarkan entri-entri lalu. Supaya blog ini happening semula......Heheheheh

Xoxo
Mummy Akmar