09/11/2013

Hujung Minggu Buat Tempahan Kek

Assalam semua pembaca blogger Qashmere. Macamana hujung minggu anda semua?? Mesti ramai dah mula nak fikir-fikir bawak anak-anak berjalan bercuti. Yerlah musim cuti sekolah akan bermula tak lama lagi. Bestnya bercuti. Saya pon nak pergi bercuti jugak... tapi nanti tunggulah masa yang sesuai. Hehhehhe

Okay cerita hujung minggu. Kakak ipar buat tempahan kek untuk harijadi anak bongsu dia. Dia suruh buat je kek apa yang sedap dimakan. Hmmm...fikir punya fikir. Mummy cadangkan Devil's Food Chocolate Cake dan Victoria Sandwich Cake. Dengar nama pon dah menarikkan. Sebab selalunya kedai kek yang kami beli ni kek yang sama je dengan fresh cream. Dari kami kawin atau majlis apa-apa kek yang sama. So, dia nak kelainan sikit.

Jadinya, semalam on my off day, Mummy pon membuat kek-kek itu dengan gigihnya. Hehehehe. Yummmm!!! Tak sabar nak makan malam ni. Geram betul tengok strawberry tu. Yang ini stroberi dari New Zealand. Gemuk-gemuk dan gebu. Sedapnya makan baki semalam dengan fresh cream. Nyummmm! Hehehehe

Menerima tempahan Devil's Food Chocolate Cake di Ipoh Perak
Devil's Food Chocolate Cake 

Menerima tempahan Victoria Sandwich Cake di Ipoh Perak
Victoria Sandwich Cake

Nak order atau nak buat tempahan? Mummy hanya terima disekitar Ipoh Perak sahaja dan tempahan hanya diambil mengikut kapasiti atau limited order. Boleh email ke theqashmere@gmail.com 

Selamat berhujung minggu. Daaaaa~

Xoxo
Mummy Akmar