24/11/2013

Bukti Wanita Gemuk Sebenarnya Cantik Layak Menjadi Supermodel

Selalunya perkataan supermodel ini akan dikaitkan dengan wanita kurus mempunyai bentuk badan yang menarik seperti Naomi Campbell, Kate Moss, Cindy Crawford dan lain-lain.

Lumrah dunia yang semestinya semua benda yang hidup akan mempunyai perbezaan. Sebagai contoh jika semua orang kurus memang dunia ini akan jadi tidak seimbang. Mesti ada kecil vs besar, tinggi vs pendek, gemuk vs kurus, kaya vs miskin dan sebagainya.


Tara Lynn dan Candice Huffine mengayakan seluar Guess denim

Kini, dunia pentas peragaan dan fesyen telah mula berubah. Dan definisi untuk nampak cantik lebih meluas tanpa sempadan. Sikap dan penerimaan serta permikiran sudah pun mula berubah. Cantik dan anggun juga adalah sesuatu yang subjektif dimana dulu bila kurus sahaja orang itu layak menerima pujian cantik. Tapi kini orang yang berbadan besar juga layak dikatakan cantik dan mahu menjadi seperti mereka yang kurus ramping.


Plus-size models Tara Lynn, Candice Huffine and Robyn Lawley grace the cover of Vogue Italia's June 2011 edition.

Lazimnya gelaran Supermodel ini akan diberikan kepada wanita yang kurus dan ramping seperti nama-nama yang disebutkan tadi di atas. Tapi kini Supermodel juga untuk Wanita Berbadan Besar atau lebih dikenali sebagai Plus Size Supermodel. Wanita berbadan besar ini juga telah pun mencipta nama dan membuktikan saiz badan bukanlah jarak pengukur untuk tampak cantik, seksi, trendy dan mereka juga boleh bergaya, berfesyen dan memakai apa yang mereka suka seperti orang lain.

Plus Size Model atau Model Berbadan Besar juga adalah layak dipanggil wanita-wanita cantik yang berbadan besar kini telah pun mencipta suatu yang lain daripada yang lain dan membuktikan bahawa mereka boleh membawa diri mereka dan bersaing dengan supermodel yang hanya memiliki tubuh badan bersaiz 4.

Para pereka fesyen tersohor dunia juga telah membuka satu ruang bagi wanita-wanita berbadan besar yang juga dikenali wanita gemuk ini. Mereka telah pun menyediakan collections khas untuk wanita yang berbadan besar antaranya Ralph Lauren. Dan kini banyak clothing line yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan telah mencipta rekaan terkini untuk wanita-wanita berbadan besar.

Wanita-wanita cantik yang berbadan besar ini juga telah mendapat permintaan hangat terutama sekali di pentas peragaan dan juga dipersada antarabangsa seperti di Paris dan Milan. Samada iklan dalam tv, iklan papan besar mahupun landasan peragaan busana anggun dengan memperagakan pakaian bersaiz 14 ke atas. Antara Plus Size Supermodel yang hangat diperkatakan adalah Fluvia Lacerda, Ashley Graham, Tara Lynn, Candice Huffine dan Marquita Pring.



Fluvia Lacerda

Ashley Graham

Tara Lynn

Candice Huffine

Marquita Pring


Mereka adalah wanita-wanita yang betul-betul membuka mata ramai bahawa mempunyai badan yang besar juga boleh menjadi wanita cantik dan anggun dan setanding dengan wanita yang kurus. Mereka juga sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada semua wanita yang cantik juga tidak perlu kurus sehingga menahan diri dan sentiasa berlapar.

Jadi tiada istilah gemuk atau berbadan besar tidak cantik. Hanya perlu pandai mengayakan pakaian-pakaian yang sesuai dengan tubuh badan kita dan perlu ada sedikit keyakinan.

Siapa kata berbadan gemuk dan berbadan besar tak lawa??!!

Xoxo
Mummy Akmar