11/11/2013

Berdating Di Restoren Haji Shahrin Low Grand

Whoaah.........entri makan-makan lagi. Heeeeeeeeeeeeee~ Bila berjumpa kawan baik yang disayangi ini. Asyik makan je. Banyak sebenarnya entri makan-makan tapi macam yang ini je rajin dan sempat. Hari tu dia tanya dekat mana nak makan. Mummy macam tersebut pasal restoren Cina muslim ni. Dia pon takpernah cuba. Mummy cakap ketam dekat situ sedap.

Sampai je di situ, dia order tu macam biasalahkan. Order banyak jugak. Dia tanya Mummy nak makan apa. Mummy pon main petik jelahkan. "I wanna eat CRAB!!".  Dia order ketam tapi dia tak makan langsung. Nasib baik dia tak order itik. Sebab Mummy tak makan sangat, rasa sikit camtu boleh lah. Nak tengok apa kami makan untuk berdua? Moh tengok gambar.....

Ketam Kam Heong. Okay ini funny sangat. Ketam ni Mummy sorang je makan. Jenuh okay nak abiskan. Ingatkan dia pon nak makan sekali. 

Kailan ikan masin

Seafood blackpepper. Sedap jugak yang ini. Ada fish fillet, sotong, udang dan sayur sayur jugak.

Telur dadar giler besar. Hehehehe

Makan je kerjanya kan. Dah tiga kali makan di Restoren Haji Shahrin Low Grand. Uwaaaaaaaaaaaa....takleh diet. Biasalah inilah dilemma seorang wanita. Hahahaha Boleh??? Sedih dalam gembiraaaaaaa...........gembira dapat makan lepas tu sedih sebab nanti gemuk. Hahaha Ish merepek. Siapa nak tahu alamat boleh tengok di bawah ni

Restoren Haji Shahrin Low Grand 
Authentic Chinese Muslim Cuisine
14, Persiaran Greenhill, 
Greentown, Perak, 
Ipoh Town, 
30450

Xoxo
Mummy Akmar