20/11/2013

Baru Tiga Tahun Dah Nak Pakai Handphone??

Akhirnya gadget impian anak Mummy tercapai. Tiap-tiap hari berebut smartphone dengan dia. Memang Mummy ada dua smartphone satunya Samsung Galaxy S4 Zoom dan satu lagi Blackberry Bold 9900. Tapi Qashrin asyik nak berebut jugak Samsung Galaxy S4 Zoom nak tengok video-video kartun dan juga video bacaan doa kartun sebelum tidur. Smartphone Blackberry Bold tu macam jadi harta karun. Hahaha Tak digunakan. Sekarang ni ada 3 Blackberry dekat rumah tu. Guna pun kalau ada WiFi je. Simcard pon tak beli.


Memang cuba bagi dia pakai Blackberry Bold 9900 tu, tapi dia tak suka. Dia nak jugak handphone Mummy. Sebabnya Blackberry bukan boleh muat turun video atau game. Bila kita nak guna, waktu tu jugaklah dia nak pakai handphone kita. Kadang-kadang buat #selfie shot. Berapa banyak asyik muka dia je.

Sebenarnya memang dah lama dia mintak gadget begini. Tapi Mummy sahaja tak mengendahkan permintaan dia. Yerlah baru tiga tahun. Tapi bila tengok, dia guna handphone untuk tengok doa-doa kartun tu, apasalahnya. Sebelum tidur dia akan pasang Super Simple Learning videos atau Koleksi Doa-Doa Tilmiz. Fikir-fikir, takperlah belikan satu untuk dia. Kalau dia pakai Samsung S4 Zoom ni, pegang baru kejap nanti dia suruh kita pegangkan sebab berat nak pegang. Hahahaha.

Samsung Galaxy Y Young. Hehehe

Handphone ni Mummy bawak pergi Angsana Mall lepas tu suruh amoi ni pasang screen protector. Mulanya nak beli Hello Kitty phone cover ni. Tapi macam mahal lah pulak RM25

Tengok ada pulak yang murah RM15 je. Cover yang macam ni. Pinky Bear. Mesti Qashrin suka. Dia suka barang warna pink.

Penuh cap tangan. Gigih nak download video-video kegemaran dia. Sebab dekat Butik internet laju. 

Lepas ni nak download WeChat supaya bolehlah voicechat dengan dia. Hmmm, apa lagi nak download yea? Oooh, games untuk kanak-kanak. Hehehe Tadi call rumah tanya keadaan dia. Dia tanya "mana handphone dia?" Hehehe Tak sabarlah tu.

Xoxo
Mummy Akmar