07/10/2013

Tempahan Cupcakes Untuk Pertunangan

Alhamdulillah. Dapat juga buat Cupcakes untuk Pertunangan dan tempahan biasa. Mulanya hanya sekadar hobi dan untuk makan seisi keluarga. Tapi ada pulak yang membuat tempahan. Mungkin rezeki Mummy kot. Heheheh Apa-apa pun syukur.

Tempahan untuk Majlis Pertunangan Sarah diambil pada hari Sabtu. Hari Isnin pulak tempahan dari kawan Mummy. Dia nak Brownies dan Cupcakes design heart shape and ribbon bow. Jadi, dah alang-alang tu Mummy buatkan jugak satu box untuk Pusat Anak Permata Negara Bercham. Sebab hari ini tadi, Mummy pergi ambil barang-barang Qashrin sebab nak berhentikan Qashrin di situ. Qashrin akan bermula persekolahannya di tempat yang baru tahun hadapan.

So, cuba jugaklah nak buat fondant design. Alhamdulillah it turn out very cute. I think so.... Hahahaha.


 Buttercake Cupcakes With Rose Swirls Buttercream for Sarah's Engagement 

In the box ready to be collected

Hari Ahad pulak buat dua bancuhan Brownies. Sempat snap gambar dalam takung je. Hahaha

Malam Ahad tu sempat Mummy buatkan cupcakes untuk di ambil hari Isnin. Baru keluar dari oven tu. Perasan tak satu cupcake dah hilang? Makan buttercake panas-panas memang sedap!

Hiasan simple fondant atas rose swirl. Yang ini frosting nya Swiss Meringue Butter Cream

Minggu ini kena buat Red Velvet Cupcakes With Cream Cheese Frosting. Baru ingat nak rehat minggu ni. Tapi ada orang buat tempahan pulak. Bukan tak suka, memang suka. Rezeki Alhamdulillah. Hehehe. Bagi sesiapa yang nak buat tempahan cupcakes area Ipoh boleh emelkan kepada Mummy di theqashmere@gmail.com


Xoxo
Mummy Akmar