28/10/2013

Tempahan Buttercake Rose Swirl, Brownies and Cupcakes

Yeah...tunggu sekejap wahai pembaca blogger Qashmere. Hehehe. Tunggu semula bila dapat kerajinan untuk menulis entri tanpa henti setiap hari. Ewah.......

Mummy memang betul-betul dan tak sempat pon nak menghadap laptop menulis. Ini pon sempat-sempat curi masa. Sebab busy bebenor dan kepenatan. Sekarang ni buat masa terluang Mummy tolong kedai branded clothing kakak ipar dan abang.

Sabtu baru-baru ni sahaja kami mengadakan perasmian pembukaan kedai. Alhamdulillah jualan memberangsangkan mencecah RM2000++. Hahaha. Suka sangat dan alangkah gembiranya jika hasil jualan itu hak milik diri ini. Tapi disebabkan Mummy kerja sambilan dengan mereka. Mummy diberi gaji dan komisyen jika jualan mencecah RM7000 sebulan. Alhamdulillah. Sebab mereka memang suka Mummy disitu sebab kebanyakkan hasil jualan dari marketing Mummy. Yeah!!! biasalah Mummy gunakan kuasa pemanis Mummy ini. Heheheks.

Okay dah merepek sangat dah ni. Mummy hanya dapat letakkan beberapa gambar hasil kerja keras Mummy membuat tempahan kek. Untuk perasmian pembukaan kedai, nanti Mummy tulis secara detail di entri yang lain.

Cupcakes ini khas untuk customer ex-schoolmate suruh buat last minute. Disebabkan kesian, amik jugaklah walaupon sebenarnya dah tak cukup tangan. Malam Jumaat tu dah kena hantar pada customer. 

Kak Oya pulak order untuk buffet table dia sebijik cake, brownies dan juga cupcakes. Bersilat lagi siap-siapkan kek untuk kakak ipar. 

Buttercream rose swirl cake untuk Kak Oya.

 Dia nak jugak fondant tulisan macam ni jugak lepas tengok cupcakes kawan tu. Sempat buat OYA BUTIK CONGRATS. Hehehehehe

Ini yang sempat Mummy set up kan untuk kedai dia. Sebelum Pulut kuning, kari rendang ayam dan bihun goreng. Ada makanan lain lagi puding jagung dan kek batik.


Setakat ini dulu nanti update lagi di entri yang lain. Memang dah lama tak menulis pepanjang ni. Tangan dah rindu nak menaip-naip. Hahahhaa. Cya soon readers!

Xoxo
Mummy Akmar