19/10/2013

Raya Haji Aidiladha 2013

Assalamualaikum wahai bloggers dan pembaca setia blog ini. Lamanya dah tak berblogging. (Ayat wajibulghunnah bila mula menulis entri). Hahaha. Lama tak mengadap laptop. Ini pon lepas Qashrin dah tidur sempatlah jugak bersengkang mata nak update entri supaya blog ini berjalan dengan lancarnya.

Sekarang Mummy masih bercuti dalam erti kata lain tidak bekerja sebab dapat tawaran hebat nanti. Hahaha. Tawaran apa nantilah tunggu Mummy blogkan. InsyaAllah. Buat masa ini, Mummy busy mesyuarat bersama Crime Prevention Department di Teluk Intan. Sudah 3 kali bermesyuarat di Ibu Pejabat Daerah Hilir Balai Polis Teluk Intan. Mesyuarat untuk merealisasikan program Desa Selamat di sana nanti dengan kehadiran Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi nanti. Macam-macam perancangan dan aturcara telah disediakan untuk orang-orang Teluk Intan tapi masih menanti tarikh dari jabatan. Nanti Mummy kongsikan di entri yang lain. Tak lupa juga akan datang launching pertama kalinya Neighbourhood Watch program yang akan diadakan di Ipoh Garden Zone 8 yang akan dirasmikan oleh Toh Muda Wahab. Busykan Mummy? Hahahaha....

Buat masa ini masih tanam anggur, Mummy menolong kakak ipar Mummy yang baru sahaja membuka kedai pakaian berjenama. Konsep kedai ini lebih kepada barang-barang berjenama replika AAA dari Hongkong. Dia dulunya seorang pramugari tapi telah ambil keputusan untuk berhenti secara mengejut baru-baru ini dan membuka perniagaan sendiri dan dah tentu main sponsor adalah abang Mummy (Pak Nek). Konsep kedainya sangat unik dan lain dari lain di Ipoh ini. Tapi Ya Alllah...sambutan amat menggalakkan dalam tempoh 4 hari boleh dapat RM3000 walaupon sebenarnya ramai yang ingat Angsana Mall sudah tutup untuk penyelengaraan. Angsana Mall ini dahulunya dikenali Greentown Mall. Kalau dah siap beroperasi mesti lagi banyak SALES kan? Kalau dengar cerita akak-akak yang jual tudung je SALES boleh mencecah RM8000 sebulan dekat situ. Tapi diorang cakap dah 6 bulan jualan mereka berkurangan sebabnya ramai ingat mall tutup sebab Greentown Mall tengah mengalami proses pengubahsuaian dan penyelengaraan dari bulan Jun lagi. Menarik...........nantikan entrinya juga.

Terpanjang pulak cerita pasal lain sebenarnya nak cerita pasal Hari Raya Aidiladha. Biasalah Mummy ni termeleret cerita pasal hal lain. Sebenarnya kira update blog lumpsum gitu. Haha. Okay berbalik cerita Raya Qorban ni, sambutan disambut ala Qadar. Raya pertama kami ke rumah Kakak Opah (Opah Wer) sebabnya yang lain ke Kuala Kangsar untuk Qorban. Raya kedua pula, Pak Uteh Qashrin buat korban 5 ekor lembu di sana juga. Mummy tak pergi pon. Kali ini perut Mummy buat ragam lagi sekali. Tantrum sangat. Hahaha. Bukannya apa, salah makan sikit tak ikot jadual berkala memang perut ni akan berpusing-pusing. Sehari sebelum Raya Haji, Opah masak asam pedas. Memang sedap!! Meletops!! Tapi macam perut ni tak berapa kuat nak terima menda masam. Ntah rasa macam masam dia power sangat. Okay lepas tu malam raya pulak takde nasi. We all semua makan pizza hut bertengkek-tengkek dan KFC. Adoih. Esoknya raya haji perut tak berapa sedap. Makanya Mummy berkorban di rumah je. Korban perut. Hahaha
Mummy dah merepek dah ni. Jom tengok gambor-gambor!!



Ini bukan iklan kain batik tercantik. Qashrin tengok Mama Achiknya berkain batik. Dia bukak almari ambik kain basahan dia di PERMATA dan terus dia pakai. Adoiiii!

Dah penat bermain, tidur dengan kain batik sekali. Hahahahaa

Gambar di atas gambar sehari sebelum raya. Gambar bawah ni gambar raya. 

Makanan dalam ni yang masak rendang pedas ayam je. Yang lain beli sahaja.

Our raya photo.
Gitulah caption dalam instagram Mummy.

Amboi feel nya minum air milo dalam botol

Ewah...comelnya dia. Partner in crime. Qashrin bergambar dengan tukang sakat terhebat. Geng gaduh sampai nangis ni

With Kak Aya (Maisarah)

Lepas beraya satu rumah. Mummy pon dengan senyapnya keluar menyelinap bawak diri ke spa sorang-sorang. Hihihihi. Foot rubs and body massage. Pejam mata biar orang uli badan. Paling best sini masuer perempuan cina dari China. Kalau nak cakap kena pakai bahasa isyarat. Hahahaa Macam ayam dan itik kalau pergi sini. Memang selalu pergi sini dan nak akak cina nombor 8. Terbayekkk!

Balik tu tengok tv. Tanya Qashrin nak makan apa malam ni sayang? Dia jawab "I want macaroni". Nak keluar dah malas dah lagi pun hujan. Tengok ada cheddar cheese tapi yang ini sharp cheddar cheese. Masakkan jugak untuk dia. She liked it very much. Hehehe. Walaupon ada rasa tangy sikit hasil dari cheese tu.

Panjangnya entri Raya Haji Aidiladha 2013 ni. Lenguh jugak nak menaip. Hahah Okaylah dah mengantok sangat ni. Sehingga berjumpa di entri yang lain.

Ma'asalammah.

Xoxo
Mummy Akmar