09/10/2013

Pengalaman Shopping Online Di Lazada Memang Mudah Dan Senang

Haritu tengok rancangan masakan di TV tengok Chef tu buat ice cream dan frozen yogurt. Aduhai terliurlah pulak. Dalam hati dah terbayang alangkah best-nya dapat buat sendiri di rumah. Lagi pun kalau kita sediakan sendiri ais krim atau dadih beku di rumah lebih bagus kerana tanpa pengawet dan segar. Biasalah Mummy ni, kalau teringin atau lebih tepat lagi mengidam macam orang pregnant pulakkan. Mesti Mummy akan usaha cari. Sahajalah google dan terjumpa webshop Lazada.

               

Webshop Lazada adalah satu online shopping mall yang hebat yang mempunyai pelbagai produk yang ditawarkan. Apa yang menarik minat Mummy adalah Lazada banyak menawarkan produk elektronik. Bila ke laman sesawang Lazada, tiba-tiba Mummy ternampak TOP 20 Aidiladha Must Haves!! Tempoh tawaran ini dari 5th Oktober hingga 20th Oktober


Lepas tu apalagi misi mencari barang yang diidamkan. Terus Mummy pergi MEGA DEALS SALE / Jualan Mega Sale dan terus ke Special Campaigns nak tengok apa yang best. 


Tiba-tiba tengok ada Yonauas Ice Cream Maker is ON Sale with 62% Discount??? Omagad! SALE!! and it's Ice Cream Maker???? My SUPER LUCKY DAY! YEAY! Terasa diri ini amat bertuah sangat!!! Hahaha.


This is so perfect to make ice cream at home. Ais krim segar dirumah!! Cita-cita tercapai!!. Harga pon tengah diskaun hebat!! Memang kena beli. Takpayah nak keluar rumah nak mencari. Dah ada depan mata. Terus Mummy klik BUY NOW.


Dah beli apa yang diidamkan. Sajalah tengok Bakeware Categories. Terminatlah pulak dekat H&L Butterfly Plunger Cutter. Boleh buat Butterfly Fondant. Tengah rajin-rajin nak membuat cupcakes kan. Lagi pun nak Hari Raya Aidiladha ni. Boleh buat topping cupcakes or cakes letak rama-rama. Hehehe. Adoih beli yang ini jugak!!

Tangan ni memang gatal nak tengok-tengok Categories lain. Tengok tempat Toys & Babies. Berkenan pulak dekat Neo Geo Kids Box Giraffe Large. Aiyooo. Niat lain beli lain. Hahaha. Bukannya apa, rumah ni dah penuh barang mainan Qashrin. Perlukan tempat storage mainan dia yang bersepah-sepah tu. Hahaha. Dah klik Proceed To Checkout, paparan akan bawakan skrin anda ke pengisian maklumat peribadi dan juga alamat penghantaran. 


Dah isi semua maklumat penghantaran tu. Terus sahaja Place Your Order dan pilih cara pembayaran macam paparan di bawah ni. 


Lepas tu buat Pembayaran dan dapat Confirmation Number, tunggu sahaja parcel sampaikan. Memang mudah dan senang kalau membuat pembelian melalui online dengan Lazada. Yang paling best diskaun yang hebat. Tak sabar nak tunggu parcel sampai. Hehehe. Nanti dah sampai Mummy kongsikan gambar.

Amacam best tak webshop Lazada? Mesti ramai ibu-ibu yang tengok laman Lazada ni mesti terperdaya sebab barang yang ditawarkan semua best-best dan yang penting sekali harganya murah-murah banyak diskaun!! 

Xoxo
Mummy Akmar