11/10/2013

Parcel Lazada Sudah Sampai

Semalam dalam pukul 4petang, Mummy nak keluar ke salon rambut tapi cuaca macam nak hujan. Dah keluar, patah balik ke rumah terlupa nak bawak payung.

Mujur jodoh Mummy dan Lazada sangat kuat. Chewahhh. Sampai depan pintu lori GDex dah ada dihujung jalan nak keluar jalan. So, diorang nampak kereta nak masuk rumah terus GDex datang semula ke rumah Mummy. Dalam hati sudah berbunga-bunga happy. Weeeeee~

Kotak sebesar ni pon ikot sekali dalam kereta. Mujur bawak BMW, kalau Getz tu tak muat dah. Sebab ramai yang ada dalam kereta. Qashrin paling excited tak sabar nak bukak parcels ni.

Bestnya shopping dengan Lazada sebab beli hari ini, esok dah sampai. Sehari saja?? Nanti Mummy kongsikan apa yang ada dalam kotak ni.

Xoxo,
Mummy Akmar