07/10/2013

Menu Hujung Minggu Mummy

Oh yeaah! Kalau di blog ini kalau tak cerita pasal makanan memang tak sah. Atau bukan blog Mummy Akmar lah kan.

Menu hujung minggu Mummy dipenuhi dengan makanan lazat dan penuh kenikmatan. Hahahaha. Yer..nikmat sangat. Hahahaha.

Hari Sabtu menu lunch kami biasa sahaja. Opah masakan sambal ikan bilis garing di makan dengan telur dadar dan kicap. Comfort food sangat!! Simple and comforting. I could eat non stop nasi panas with sambal tumis ikan bilis garing. Lepas tu petang, Mummy masak mee rebus asli warisan melayu. Wah gitu.namanya. Mummy suka mee rebus yang style Melayu masak atau lebih tepat macam my mom masak. Lebih kurang macam Mee Rebus Haji Wahid tak macam mamak punya. Memang sedap. Kali ini Mummy masak Mee Rebus Tulang. Sedapppppppppp! Resipi nanti Mummy kongsikan.

Hari Ahad pulak untuk lunch menu yang lazat jugak. Mummy masak Kari Udang Galah Meletops. Amboi siap meletops kan. Hahaha Resipinya sama je macam masak Kari Ketam. Sedapnya makan dengan nasi panas bersama sayur kobis masak kicap, telur dadar dan sambal belacan. Udang galah ni disponsor oleh Pak Nek dan Mama Oya. Puas kami makan. Mummy tak sedar dah makan 4 ekor udang galah.

Sempat jugak snap gambar udang galah tengah menari dalam periuk.

Dapat dua mangkuk besar.

Mee rebus tulang. Tulang lembu ni dah di rebus siap-siap dan dibuang airnya takot kolestrol. Di masak dengan rempah-rempah dulu sebelum tambah ubi keledek dan ubi kentang.

Opah pulak ditugaskan untuk menyediakan cucur udang. 

Ini pinggang pertama Mummy. Dalam ni lupa pulak letak telur rebus. Sedapnyaaaaaaa!!

Adoih. Makan je kerjanya. Itulah kalau jenis suka memasak ini adalah hobi. Memang inilah jadinya. Masak dan makan. Hahaha.....Hujung minggu uolls apa cerita???

Xoxo
Mummy Akmar