22/10/2013

Hamper Buah-Buahan Untuk Perlancaran Skim Kejiranan / Neighbourhood Watch Ipoh Garden Zon 8

Malam tadi sempat jugak menyiapkan permintaan untuk 3 bakul fruit basket hamper untuk tetamu kehormat. Hamper buah-buahan ini sebenarnya sebagai cenderahati dari Pengerusi Skim Kejiranan Ipoh Garden Zon 8 kepada Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Perak, Timbalan OCPD Ipoh dan OCS Balai Polis Sg. Senam.

Skim Kejiranan atau Neighbourhood Watch ini adalah pertama kalinya akan dilancarkan di Ipoh. Dan sebenarnya hari ini, Mummy akan menjadi emcee untuk majlis perlancaran tersebut. Jantung dah dup dap dup dap ni. Doakan untuk Mummy supaya tak gugup. LOL

Semalam dah buat run through testing pakai mikropon. Nampak okaylah sebab yang dengar khemah dan pokok-pokok je. Hahahaha. Majlis akan diadakan pada hari ini pukul 5 petang nanti. Harapnya semua berjalan dengan lancar. Mesti tak dapat nak ambil gambar sebab terpaksa berdiri di depan menjadi hos nanti.

Semalam lepas seharian keluar dan balik rumah lepas mandi. Terus siapkan 3 bakul hamper buah-buahan.


Malam tadi punya projek. Pilihan buah ada belimbing, buah lai, mangga panjang, mangga epal, buah oren, buah epal. 

Ini khas untuk Pengerusi MCPF

Inilah hasil semalam dengan dikacau oleh Qashrin lagi. Hahahaha....

Sekarang nak rehat-rehat sekejap lepas ni nanti nak pergi blow rambut dan terus ke majlis. Semoga selamat dan lancar nanti. InsyaAllah

Xoxo
Mummy Akmar