12/10/2013

CheekyTots De Gardens Ipoh

Macam di entri sebelum ini, Mummy ada cakap tentang tempat permainan kanak-kanak yang baru Mummy tahu. Memang dekat dengan rumah, berhadapan/bersebelahan dengan Aeon Kinta City (Jusco Lama). Lepas tu lagi best sebab ada cafe. Hahaha Tempat makan ada boleh je semua ON!!

Tempat ni diberi nama CheekyTots dalam De Gardens. Selalunya Mummy akan masuk ikot Chatime ada escalator di situ naik je ke atas dan ke kanan dah boleh nampak tempat main ni. Sejak Mummy cuti atau lebih tepat lagi tak bekerja ni, memang banyak spend time dengan Qashrin dan dah tentu dia pon asyik memonteng sekolah jer. Jom tengok gambar di bawah.

Seronok sangat lah tu. Amboi amboi!!

Trampoline ni memang best. Dengan Mummy sekali melompat. Hahahaha. Ini slides untuk kanak-kanak.

Takot sangat nak turun slide bukannya tinggi pon.

Kita masuk music room. Rock 'n Roll!!

Masuk pulak bilik masak memasak ni

Masak apa tu sayang?

Sampai 2 stove ada ni. Mementang dia sorang je. Conquer abis abisan.

Area sini fav dia.

Slide yang ini dia memang berani. Hahaha

Tricycling pulak

Yang ini untuk orang besar punya. Ada 6 slides sebenarnya dekat sini. 

Ini waiting area untuk parents lepas tu ada pulak cafe. Menu semua sedap-sedap. 

Main futsal pulak ni

Mummy ajak dia main lego. Kena naik atas

Naik punya naik dah dekat atas. Muka dah takot nak ambil gambar. Takper sayang Mummy ada. Hahaha

Ececece. Nak tunjjuklah kami di atas ni haaa... Berpeluh jugak okay naik menda ni. 

Bila turun ke bawah tu, Mummy biarkan Qashrin turun slide sorang-sorang tapi slide yang pendek sekali. Boleh meraung nangis pulak budak ni. Semua macam tengok, kena dera ke apa. Hahahaha 

Dah panjat dedua naik atas. Kami lapar. Moh ler makan. Mummy order kids size spaghetti bolognese and french fries. Yummmm!

Baca doa dulu sebelum makan yer....

Dah mengantoklah tu

Kami duduk di sini dekat 4 jam jugak. Ajak balik asyik cakap taknak. Sampaikan hanya kami berdua sahaja yang ada. Memang tak ramai pon datang. Yerlah hari biasa memang tak ramai. Kata owner tu kalau hari hujung minggu penuh sampai takde tempat duduk. Sembang-sembang jugak, berapa kos nak setup tempat permainan begini. Katanya lebih kurang RM100K jugak. Barang mainan semua di bawa dari luar rasanya kalau tak silap USA kot. Wowww~~ Tak sangka macam nak buat satu petrol station je. 

Dah pujuk ajak balik tu. Dalam kereta belum sempat keluar dari kawasan parkir De Gardens, dia dah tidur dulu. Penat lah tu. Hehehe

Xoxo
Mummy Akmar