07/10/2013

Ambil Hadiah Di Seri Pentas Peraduan Bella NTV7

Tengah rajin nak update blog ni, biasalah Mummy akan tulis entri bertengkek-tengkek. Hahaha. Masa yang terluang ini baiklah digunakan secara berhemah.

Ini cerita haritu selepas Hari Raya. Mummy menjadi salah seorang pemenang dari rancangan NTV 7 Bella. Hadiah yang dimenangi adalah Patchi Bernilai RM600

Hari Ahad tu ikot Abang Sulong balik ke KL tumpang dia dan Isnin tu suruh dia hantar pergi Sri Pentas kejap dan terus hantar kami ke KL Sentral naik ETS. Gigih sangat okay nak amik hadiah Patchi ni. Tapi berbaloi.

Seronok pulak dapat masuk Sri Pentas. Pertama kali masuk ke situ. Jumpa ramai artis pulak tu. Suka!! Hahaha. Tapi menyesal gila tak bawak smartphone Samsung Galaxy S4 Zoom. Bawak Blackberry Torch yang dah half past dead. Dah la bateri pon dah nak abis. Sebab tak sempat nak snap banyak photo. =( Waktu berjalan tu, nampaklah konti Radio Hot FM dari jauh. Memang kami jalan laju sebab Ayah Yob tengah tunggu dalam kereta.

Sempat tangkap dekat BoboiBoy punya ini je. Banyak lagi macam ni. Tapi bateri abis


Gambar ni kami ambil di Corporate Office NTV7. Sebenarnya dah salah pergi tempat dan kena pergi di office lagi satu. So, kami pon tunggulah interns diorang datang ambil kami ke office Bella NTV7 kot rasanya. Besar betul Sri Pentas boleh sesat tau. Interns tu pon baru sampai pergi tempat yang sama dua kali. Hahaha.


Gambar ni adik tu snapkan untuk simpanan diorang sebagai pemenang. So, Mummy pon suruh dia snap gambar pakai Blackberry Torch Mummy yang dah tak berapa nak hidup tu. Siap cakap "senyumlah gembira sikit kak, dapat hadiah besar tu". Pagi-pagi buta dah kami sampai sini tau. Mood mengantok. Hahahah

Dalam ETS. Sangat gigih okay. Dengan anak lagi, 1 bag, paper bag dan kotak Patchi. Takat ni dah bersila atas kerusi.

Aloorr ciannya dia. Dah tidur dalam train. Pagi-pagi dah ikot Mummy. Dah la sampai KL lewat malam. Takot dia sejuk Mummy balut kaki dia dengan tees. Hahaha..

Inilah coklat Patchi yang dimenangi. Kenyang makan Patchi. Gambar yang ini cantikkan? Pakai Samsung Galaxy S4 Zoom sama dengan di bawah ni.

Dah sampai Ipoh snap photo dulu. Lepas tu baru tukar baju.

Itulah cerita kami pergi mengambil hadiah. Qashrin paling excited walaupun nampak penat. Alhamdulillah. Satu famili dapat makan coklat Patchi yang hebat ini. Tak sangka boleh menangkan... Rezeki!! Hehehehe

Xoxo
Mummy Akmar