09/10/2013

Aktiviti Bersama Anak Di Hari Cuti

Dulu masa hampir 3 minggu tak bersiaran di blog ni, ada bawak Qashrin pergi jalan-jalan di Aeon Station 18 yang jauh tu. Mummy pergi dengan Qashrin sahaja. Macam girls day out gitu.


Sampai-sampai je Aeon Station 18 kami makan lunch dulu. Mulanya nak makan di Kenny Rogers sebab Qashrin mintak Macaroni and Cheese. Tapi masuk-masuk je, panaslah pulak sebab hawa dingin ada masalah. So, jalan-jalan cari tempat makan yang paling sesuai untuk kami di Restoran Pizza Hut.

Sukalah tu jalan-jalan. Dia ni kalau bawak berjalan memang feveret dia

Tengah menunggu makanan. Laparlah!

Untuk Qashrin, Mummy order kids set. Dulu kids eat for FREE. Sekarang kena bayar dah. So, Qashrin sendiri mintak pizza. Mummy pon orderkan dia pizza Hawaiian Chicken. Set dia ada pizza, air soya dan ais krim. 

Order pulak mushroom soup. Sup kegemaran Qashrin ni.

Sampai je Pizza Hut, Mummy dan Qashrin pon makan dengan kadar segera. Sebab lapor! Hahaha. Abis sekeping dia makan.

Mummy pulak order pasta carbonara ni. Last-last Qashrin pulak makan banyak yang ini. 

Akhir sekali sampailah ais krim. Tengok tu dia punya muka makan ais krim penuh kenikmatan. Hahaha

Dah kenyang makan, kami terus berkampung di Kidzoona. Tempat mainan kanak-kanak. Duduk ler Mummy di situ berjam-jam bagi dia main puas-puas. Waktu nak balik pun rasa sedih walaupon dah duduk main situ 4 jam. 

Inilah Kidzoona idaman kalbu Qashrin. Ada lagi seksyen sebelah kiri sebab malas nak ambil gambar

Naik coined machine ni tanpa henti sebab FREE tekan je ON.

Punya banyak slide. Slide ini je dia berani naik. Hahahaha

Suka lah tu

Pretend play sorang-sorang dengan barangan dapur. Tengah pegang ice cream cone, plates dan glass

Main sorang-sorang. 

Hari biasa memang tak ramai orang. Kanak-kanak yang datang ini semuanya main dengan puas hati. Pernah dulu pergi hari hujung minggu. MasyaAllah penuhnya budak-budak dan mak bapak budak. Pening. Macam-macam bau ada. Hahaha. Waktu balik di Aeon Station 18, Qashrin lentok sakan dalam kereta. Tidur kepenatan.

Sekarang Mummy ada tahu tempat main kanak-kanak yang dekat sangat dengan rumah Mummy. Memang best lepas tu siap ada cafe lagi. Tayah pergi jauh-jauh sebab perjalanan ke Aeon Station 18 mengambil masa dalam 30 minit jugak. Tempat baru ni dalam tak sampai 10 minit pon. Nanti Mummy ceritakan di lain entri.

Xoxo
Mummy Akmar