20/09/2013

Mood Blogging Ke Laut

Assalam semua pembaca blog QASHMERE yang dirindui. Ewah... Mukadimah bukan main lagi. Hihiks

Sudah dua minggu lebih Mummy tak update blog ni. Walaupun tak menulis tapi penuh dengan aktiviti. Nanti Mummy Qadar-kan entri yang akan di update secara berjemaah. Hahaha.

Taktahulah kenapa Samsung Galaxy S4 Zoom ni takleh pulak nak berblogging dari situ. Dulu okay jer. Jenuh publish tapi tak lepas. Laptop Mummy pulak dah kes "hingga hujung nyawa". Bukan laptop yang rosak, tapi wayar bateri dia tu dah Rest In Peace. Takde masa nak membeli wayar tu. Rasanya zaman dia sudah sampai. Tapi tak beli-beli lagi pulak

Buat masa ini Mummy cuti bergaji sebulan dan akan bersambung semula di bulan Oktober. Itu yang blog ni pun senyap sahaja. Sebab tuan punya blog sedang bercuti sakan. Hahaha. Cuti-cuti pon sakit teruk. Haish. Maklumlah bulan Ogos bulan Raya penuh dengan Open House dah pulak tu sesi makan sana sini. Dah kena food poisoning teruk. Baru je baik. Opahnya pulak selesema batuk seminggu dah semalam Mummy pulak mula selesema dah rasa macam nak demam je. Qashrin ni dengar jugak bunyi selesema nya tapi takde lah teruk. Qashrin pun cuti sakan @ ponteng sekolah. Hahaha.

Antara aktiviti-aktiviti 2 minggu pertama September banyak jugak:

1. Jamuan Raya di rumah Orang Besar Jajahan Manjung (rumah big boss crime prevention department)
2. Jamuan Hari Raya di Permata Bercham
3. Anak-anak Permata beraya di rumah Mummy
4. Charity Dinner
5. Sambutan Raya Puasa Enam di rumah kakak
6. Pergi ke Sri Pentas ambil hadiah coklat Patchi di Bella NTV7

Haaaa..banyakkan entri. Itu mana yang ingat. Tak masuk lagi selepas 2 minggu tu. Macam-macam aktiviti Mummy dan Qashrin. Hehehehe. Macam rajin sangat nak tulis semua tu. Saja je list-out kan. Nanti agak-agak takde idea boleh jadi topik blog. Hahahaha.


Inilah gambar yang dapat Mummy lampirkan untuk sesiapa yang merindui kami. Ewahhhhhhh... Yeay kenyang makan Patchi. Hahahaha

Untuk blogger yang rajin singgah sini. Terima kasih banyak-banyak nanti Mummy akan balas BW anda semua. Bagi bonus lagi komen 2-3 entri dekat blog uolls. Hehehe.

Xoxo
Mummy Akmar