27/09/2013

Majlis Jamuan Hari Raya Di Rumah Orang Besar Jajahan Manjung

Yeah. Cerita Raya lagi. Yerlah dah dekat 3 minggu tak bersiaran. Minggu terakhir Raya hari tu, kami dapat jemputan ke rumah Y.D.H Toh Muda Orang Kaya-Kaya Penglima Kinta Seri Amat Bangsa Diraja Ab. Wahab Bin Dato' Seri Azizul Hassan. Kami dari Crime Prevention Department dijemput untuk hadir ke rumah Toh Muda.

Tak banyak gambar diambil tapi cukuplah untuk dijadikan kenangan terindah. Chewah. Hahaha!. Kami pergi satu kereta dari Ipoh. Perjalanan ambil masa dalam 40-60 minit dari Ipoh. Kami sampai agak lambat jugak Sebab start pukul 3 petang. Tapi kami sampai pukul 4 lebih. Tapi berbaloi sebab makanan sedap!!! Hehehe

Gambar sempat ambil yang ini. Ada macam-macam. Waktu ni baru baik sakit perut food poisoning. So makan lite lite je Iols. LOL. Yang ni gambar Abang kuetiow goreng. Goreng panas-panas woo. Kuewtiow goreng basah kerang tu. Makan sampai berpeluh sebab perut pon enjin macam slow. Boss tambah lagi makanan. Macam-macam. Rendang ayam, lemang, ketupat, mee sup, mee bandung, cendol, kek dan dessert dan macam-macam ada.

With my boss!!

Ehem-ehem. Abang Becker.... Nanti dating lagi ye. Hahaha 

Crime Prevention Department. with Toh Muda.

Berbaloi jalan-jalan ke Lumut ni. Dapat jumpa ramai orang. Networking session katanya. Seronok sangat. Paling best, sebelum balik kena paksa karaoke. Memang surrender awal-awal sebab perut tak berapa sihat. Alasan... Hahahaha........... Nak check FB ada tak lagi gambar-gambar time Raya. LOL.

Xoxo
Mummy Akmar