27/09/2013

Lat-Tali-Lat Bersama Pelawak Jambu

Masihkah anda semua ingat akan ungkapan ini ‘Lat-Tali-Lat-Tali-Tam-Plom’? Sekarang memang dah jarang sangat kita dengar ungkapan ni. Kalau macam Mummy sendiri, teringat balik zaman-zaman kecik dahulu. Sebab kebanyakkan anak-anak kita di zaman digital ini asyik duk melekat dengan telefon pintar, tablet dan komputer riba serta permainan interaktifnya. Nampaknya kanak-kanak zaman sekarang sudah lupa akan permainan tradisi warisan budaya kita.


Baru-baru ini Antabax, rangkaian sediaan jaga diri antibakteria yang memberi perlindungan 24 jam terhadap 99.9% kuman, telah mengambil inisiatif bagi memperkenalkan semula permainan tradisional Malaysia kepada kanak-kanak menerusi satu rancangan realiti.


Bagi memupuk tabiat penjagaan kebersihan diri untuk semua golongan lapisan masyarakat. Sebuah Siri setengah jam 10 episod ini merupakan yang pertama di Malaysia pasti akan mendapat sambutan ramai dan mengenangkan kembali nostalgia masa zaman kita kecik-kecik dulu. Rancangan ini  dinamakan Lat-Tali-Lat’ dan akan ke udara bermula 6 Oktober di Astro Ria, Saluran 104 pada jam 6.30 petang.

Mummy rasa ini adalah inisiatif yang amat baik sekali. Antabax ‘Lat-Tali-Lat’ merupakan kerjasama antara Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, pemilik jenama Antabax dan kumpulan hiburan media konsumer bersepadu terkemuka di Malaysia, ASTRO

Memang best permainan tradisional Malaysia yang akan dipertengahkan seperti Baling Tin, Konda Kondi, Tarik Upih, Galah Panjang, Tuju Tin dan Keting Ting. Dengan menampilkan 24 orang peserta dari sekolah-sekolah rendah yang akan bermain nanti. Ibu bapa kepada para peserta juga mempunyai peranan masing-masing, di mana mereka akan ‘didenda’ secara kreatif bagi setiap kesilapan anak mereka. 

Hadiah berjumlah melebihi RM40,000 bakal dimenangi, dengan pasukan yang menang akan membawa pulang RM15,000 dana pendidikan, RM1,000 untuk sekolah yang diwakili, hamper produk daripada Antabax, tiket ke Legoland dan Hello Kitty Land serta jam tangan Swatch.

Rancangan ini akan lebih menarik dan havoc dengan keletah gandingan pengacara pelawak Jambu. Mereka akan bersama-sama berkongsikan tips kesihatan dan kebersihan diri dengan anda semua. Kalau anda tengok rancangan ini sendiri, pasti ramai yang akan mengenang kembali saat ketika dulu waktu kita jadi kanak-kanak. Terdapat lagi permainan tradisional yang menyeronokkan seperti batu kerikil, pelepah kelapa dan melukis garisan dengan kapur. 



Tak sabar rasanya nak tengok rancangan Lat-Tali-Lat’ yang penuh nostalgia, pendidikan dan kaya dengan warisan ini yang amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Waktu itu bolehlah Mummy tunjjuk dekat Qashrin yang maknya dulu suka sangat main galah panjang dan keting tin. Bagi yang lain, joom join Mummy tonton rancangan ini mungkin dapat mengalihkan perhatian anak-anak anda seketika dari telefon, tablet dan konsol permainan mereka. Dengan cara ini dapat kita rapatkan ukhwah sesama dengan anak-anak. Lepas tu bolehlah prektis main permainan ni di rumah. Barulah boleh rasa cergas dan kuruskan badan. Hehehehe



Terima kasih pada Mr. Jocko yang baik hati untuk hadirkan diri bagi pihak Mummy pada hari majlis perlancaran. Bila Qashrin tengok gambar ni, dia cakap nak jumpa dengan maskot Antabax ni. Sian dia tak dapat pergi. Pada hari perlancaran tersebut terdapat pihak media dengan sebahagian kanak-kanak yang menyertai rancangan Lat-Tali-Lat dalam permainan tradisional seperti Batu Seremban, Main Lidi dan Main Tudung Botol. Berbaloi rasanya kalau bawak Qashrin boleh dia kenal permainan tradisional warisan kita disamping tu dapat belajar cara jaga kebersihan diri dan mengelak dari jangkitan kuman. 

Xoxo
Mummy Akmar