27/09/2013

Anak-Anak Permata Datang Beraya Ke Rumah Kami

Assalam. Rindu nak blogging tiap-tiap hari. Hari ini ada kelapangan nak menulis dengan penuh hati, jiwa dan raga. LOL. Walaupun dah abis raya sebulan yang lalu...nak jugak blog tentang ni. Just for keepsake. Memori dan kenangan. Apasalahnya kan......

Sehari sebelum Mummy siapkan semua. Malam tu dah ready semua serving dish dan juga barang mentah yang diperlukan. Seawal pagi lepas subuh terus Mummy bertungkus lumus masak. Opah pon dah tak berapa sihat. Tolong mana-mana patut jer. Kuah kacang semua dah siap awal-awal. Cuma esok panaskan sahaja. Nasi impit pon dah siap malam tu. Kuah lontong, sambal bilis, wedges dan crabstick pepagi tu masak.

Menu: Kuah Lontong, Nasi Impit, Sambal Bilis, Kuah Kacang, Wedges, Crabstick dan Grapes

 Malam tu dah ready semua keluarkan. Tunggu nak isi je. Hehe

 Siap potong dan rendam apa yang patut.

Pagi tu sedang masak kuah lontong. Goreng potato wedges dan Crab stick

Semua dah ready atas meja. Tunggu kanak-kanak riang sampai. Hihihi

Tiba-tiba Opah cakap "mak pergi pasar depan kejap beli something untuk dessert". Dia beli anggur hijau. Thanks mak.

Kemain tunggu kawan-kawan dia datang. Tapi dah sampai taknak layan. Maluuuuuu.

Assalamualaikum......

Sampai-sampai je, pandai pulak budak-budak ni ke tempat tv. LOL

Duduk sini baca doa dulu sebelum makan. Tak muat la nak duduk ramai-ramai dekat meja makan Mummy.

Ada 12 orang datang rumah beraya. Cikgu dua orang dan seorang mama. Seronok tengok diorang makan. Semua mangkuk abis.

Dah makan. Hah mainlah korang puas-puas. Mummy bersembang sakan dengan cikgu-cikgu. 

Tadi malu nak makan. Sekarang makan anggur.

Muka penat. LOL. Need a massage please....

Memang penat jugaklah. Semua buat sendirian sorang. Multi-tasking sangat. Lepas tu kena on time. Pukul 10 pagi diorang sampai tepat. Hehehehe. Alhamdulillah dapat siapkan semua. Sebelum anak-anak ni balik, salam dulu Mummy bagi duit raya. Bila dah abis baru Qashrin nak berkawan-kawan siap tolong bagi duit raya. Hehehe.

Xoxo
Mummy Akmar