09/08/2013

Shopping Baju Raya 2013

Alhamdulillah. Selasa lepas Mummy dan Qashrin selamat sampai KL. Tujuan ke KL tu nak ber-shopping persiapan Hari Raya. Sampai-sampai je KL dah waktu pukul 5pm lebih memang sesak betul jalanraya. Dah tentu jam giler sebab waktu tu semua balik dari kerja. Kami pergi dengan 2 buah kereta. Shopping kali ini di taja oleh Pak Uteh. Sayang betul Pak Uteh dengan Qashrin. Kami pergi 2 hari je untuk shoppping raya ni. Mulanya Mummy kena drive CLS 350 Pak Uteh tapi macam tak confident takot jalan sesak. Terus suruh abang lagi satu bawakkan sebab abang pun nak shopping lagi. So, kami 4 orang dan juga Qashrin dalam kereta tu. Pak Uteh pulak naik kereta baru dia Porsche Panamera. Walaupun kami tolak lagi awal dari Pak Uteh, tapi dia sampai dulu. Hahaha.

Kami bertolak dari Ipoh dalam pukul 3 petang. Perjalanan ke KL takder lah jam sangat masih boleh buat pecutan 200km/j. Hahaha Tersentak jantung Mummy. Sampai-sampai KL je dalam pukul 6 petang. Kami stuck di Jalan Tun Razak. Banyak betul kereta, yerlah sampai-sampai waktu orang balik kerja. Gigih nak sampai ke Pavillion. Kami shopping raya di Pavillion pada hari pertama dan di KLCC pulak esoknya.

Siannya dia, selesema pulak. Muka mengantok makan ubat.

Kami berbuka di Pavillion sebab lepas tu nak shopping raya. Kami makan di Celadon Royal Thai Cuisine. Marvelous!! Memang dari dulu suka makan di sini. Macam-macam ada. Ikan kerapu cili, udang galah black pepper, green curry, tempura vege, sizzling tofu, ikan masin dan tomyam

Lepas isi perut, kami mulakan misi mencari pakaian raya. Pak Uteh bagi RM1200 budget untuk Mummy dan Qashrin. Waktu ini Opah tengah cuba kasut raya. Qashrin pulak jadi babydoll atas podium ni. Hahaha

Dah shopping sakan. Kami abis keluar Pavillion pukul 10.30malam. Aircond siap dah tutup baru kami abis shopping. Hehehehe Terus ke parking vallet nak tunggu kereta sampai. Memang penat giler kot tapi takde la sampai jadi giler kan. Hehehehe

Memang penat tahap gaban. Hahahah Ayat gaban dah lama tak guna. Mummy dapat beli baju Mummy jer. Ntah kenapa Mummy banyak tak berkenan kids clothing dekat Pavillion. Beli baju Mummy jer. Total spent untuk baju Mummy dalam RM500++. Barbie collection semua ada kombinasi warna hitam, pergi Mothercare, Pumpkin Patch, Baby Gap dan yang lain takde berkenan di hati. Itu yang kami ke KLCC esoknya.

Akhirnya kami check-in hotel jugak. Sampai-sampai dalam pukul 11 malam. Kesian Qashrin. Kami mandi dah malam. Penat-penat tu pon ligat juga si kenit ni tak reti duduk diam. Kami bermalam di 2 room apartment di The Zon Suite Residence. 1 apartment untuk Pak Uteh 1 apartment untuk Mummy. Memang luas giler sebab ada 3 orang je. Anak saudara lagi seorang tu nak bermalam dekat rumah Mummy dia di KL.

Dah penat-penat membakar lemak shopping tu, perut masing-masing lapar. Order room service, makanya mengunyah tengah-tengah malam buta. Hahaha. Konon nak beli nasi lemak antarabangsa Kg. Baru tapi masing-masing penat.

Esok paginya sebelum pergi ke KLCC, Qashrin kenalah brekfast dulu. Bersabor Mummy tengok ni

Bersabar Mummy sambil menyuapkan Qashrin. Yerlah tengah puasa kot. Qashrin makan satu sosej abis yang lain makan sikit-sikit. Adoih...sedappnyaaa waktu tu.

Pak Uteh belikan Garret's popcorn untuk Qashrin.

Sampai-sampai je KLCC, kitorang park kereta yang exit dekat Candylicious. Qashrin naik menda ni dua kali. Lepas tu kami ke Poney Collection membuat borongan baju. Hahaha. Mummy ambil 3 dress, 2 tops, 1 jeans dan 1 kasut pun dah jadi RM500++ lepas diskaun 10%. Harga dress Poney memang tak mengalah. Satu dress dalam RM100++ 

Lepas pilih-pilih di Poney, Qashrin pulak nak nenen. Ah sudah, tak bawak bakul semua. Terus pergi ke Cold Storage beli Dutch Lady Strawberry milk. Pak Uteh pulak kirim susu S26 sebab risaukan kes susu MamexGold yang tercemar dengan bakteria. Mummy pon beli sekali susu Pediasure. Dah beli-beli  nak naik balik ke Poney dah jenuh pulak. Dengan Qashrin lagi dan jugak susu-susu yang dibeli. 

Dengan selambernya, Mummy cakap dengan pak guard Cold Storage nak pinjam trolley ni. Dah la tak bawak stroller. Yerlah Qashrin dah besar memang sekarang ni kalau kemana-mana tak bawak stroller. Terus Mummy ke Mark & Spencer. Confident giler, dengan troli Cold Storage shopping dekat M&S. Hahahaha. Nasib ler. Nak naik atas pulak jenuh kan. Kitorang berdua beranak shopping di M&S sampai tunggu diorang turun. 

Confident giler pakai menda ni. Wahahahaha. Mummy beli 5 long sleeves shirt untuk Qashrin. Mummy pulak beli 2 jeans. Kesian Qashrin penat.

Dah abis membeli belah. Kami pon ready nak balik Ipoh. Singgah jenjantas beli Donut. Qashrin lapik perut dengan Dunkin Donut. Sian dia kepenatan.

Balik je rumah sempat lagi posing. Inilah hasil belian kami berdua. Alhamdulillah.

Setakat ini rezeki Qashin memang banyak. Alhamdulillah. Bila dikira-kira pulak banyak jugak Qashrin dapat duit untuk persiapan hari raya kali ini

Pak Uteh : RM1200
Pak Nek : RM300

Jumlah semua RM1500. Banyak jugak kami beli barang. Terima kasih juga pada BAPA KANDUNG Qashrin yang memberi peruntukan RM100 untuk Hari Raya. 

Xoxo
Mummy Akmar