14/08/2013

Semalam Lunch Raya & Bunga Bunga Api Cinta

Semalam adalah hari pertama Mummy kerja. Raya ke enam dah. Cepat betul masa berlalu. Memang rezeki untuk makan tenghari. Kakak Mummy buat makan-makan dekat rumah dia. Dia pun tak sempat nak beraya sangat. Yerlah tokey kuih raya yang busy memanjang.

So, dia pun rasa tak puas makan rendang pedas ayam, rendang tok dan kuah kacang. Dia masak lagi untuk jemput kami semua adik beradik dan ipar-ipar sebelah suami dia. Menu tambahan Nasi Impit Soto Ayam. Mummy sampai je rumah Mak Der lepas tu Qashrin pun sampai. Masa nak balik tu ada aksi drama sedih-sedih pulak. Ciannya dia.

Syukur sangat, semalam dapat lunch raya di rumah kakak. Buntu betul nak makan apa semalam. Food court pun banyak tutup. Kedai goreng-goreng pun masih tutup. Kali ini semua gambar di bawah di ambil menggunakan Samsung Galaxy S4 Zoom. Untuk gambar makanan Mummy pakai  option smart mode FOOD. 

Rendang pedas ayam kampung, kuah kacang, rendang tok. Carik-carik ayam untuk di makan dengan soto, taugeh dan nasi impit. Memang puas betul makan semalam. Rendang tok sejibik resipi Opah masak. SEDAP!!

Mummy suka nasi impit ni tanpa taugeh. Lupa pulak nak letak menda putih yang ranggup2 tu apa ke namanya.

Mummy makan 3 ketul ayam. Hahaha. Nasi impit dengan kuah kacang terbaik!!!

Di malam hari pulak, kami dinner KFC dan Chatime! Gambar tak snap lah pulak. Tapi malam semalam kami main bunga api dan mercun. Qashrin kemain lagi main bunga api. Kalau suruh masuk monyok je muka. Berani betul dia main. Dulu ada jugak takot-takot sekarang ni dah berani sangat. Waktu diorang main bunga api saja nak testing smartphone baru. Saja cuba option smart mode LIGHT TRACE. Tapi kalau pakai mode yang ini lebih baik kalau ada tripod tak bergegar sangat. Mummy ala-ala dapat parkinson semalam anak saudara tolak-tolak. Hahaha

Yang ini anak saudara cuba buat gambar bentuk LOVE. Bentuk hati buntal ni

Yang kedua nya dia nak tulis apa ntah. Mana boleh satu tempat kena gerak-gerak atau ramai-ramai

Yang ini Qashrin buat. Gaya bebas. Hahaha

Sempat jugak rakam video dia main bunga api semalam sambil menyanyi-nyanyi. Tak mahu layan Mummy. Panggil-panggil buat tak tahu je. Seronok sangat main bunga api. Berani betul sampai 2 bunga api dia pegang. Selamat Hari Raya.



Xoxo
Mummy Akmar