15/08/2013

Sarapan Hari Raya?

Apekah sarapan Hari Raya?? Dah takde idea nak buat entri lah tu. Hahahaha Bukan takde idea, dah terlebih-lebih idea sampai tak tahu nak mula yang mana. Nak tulis apa. Akhirnya jadi entri begini.


Semalam semalam semalam kelmarin dan beberapa kelmarin yang seangkatan dengannya. Makan yang non-stop. Semalam punya makanan lagi dahsyat. Pagi sarapan nasi lemak, tengahari nasi paprik ayam dan malam pulak nasi goreng special. Whoahhhhhhh.. Boleh tukar nama dah jadi Puan Nasi Goreng. Hahahaha.

Hari ini dengan berbesar hatinya. Walaupun dah lambat nak pergi kerja. Sempat lagi sambar oat dan biskut dari Hamper Hari Raya yang kami dapat hari tu.

Instant oat dan Marks & Spencer Belgian White Chocolate & Raspberry Cookies. Panjang betul nama cookies ni. Tengok nutrition facts berat biskut ni 125g. Kalau makan 100g dekat nak abis sekotak ni 2145kJ kalorinya. Kalau sekeping 385kJ. OH MAI!! Tinggi giler kalorinya untuk sekeping biskut?


Patut la tinggi kalori. Bukak dalam bersalut dengan chocolate. Makan satu jer lah. Cantik pulak tengok resolusi gambar ni pakai smart mode FOOD. 

Baru nak mula makan kira ikot Calorie Deficit & Surplus. Sebelum puasa hari tu bulan Jun ada beli E-Book Lose 5kg in 5 Weeks by Kevin Zahri . Macam dekat banner melintang dekat blog ni. Mula tu turun jugak kalau ikot betul-betul. Lepas tu naik sebab raya. Tak ikot tips turun berat badan hari raya. Mana maunya turun berat badan di hari raya kan? Hahahah Adoih!! Nak cuba balik konsep makan ikot kalori ni. 

Dah makan oat. Terus pos baju untuk my bff new born baby. Sedap nama dia Aiden Mikael. Aritu sempat sambar bodysuits set di Marks & Spencer masa shopping raya. 

Apalah nak makan tenghari ni. Boring lah menu sama. Kan best kalau ada 1901 Hotdogs berdekatan. Huhuhuhuu.....

Xoxo
Mummy Akmar