19/08/2013

Rumah Terbuka & Sambutan Hari Jadi Mummy

Selamat pagi!! Kerja di hari Isnin sangatlah membebankan. Cheeewahhhhhh (alasan taknak kerja la tu). LOL. Dalam pejabat badan rasa macam nak terbelah tiga dah ni. Hahaha. Rasa macam nak amik MC je pepagi tadi. Tapi gigihkan juga datang pejabat. Gara-gara ber-kung fu masak hari Sabtu untuk open house hari Ahad semalam 18/08/2013. Disebabkan 18 Ogos tu harijadi Mummy, sesajalah buat makan niat bersedekah. Dapatlah menghapuskan dosa-dosa kecil dan semoga rezeki bertambah lagi. Sekarang umur dah meningkat satu lagi angkat jadi 13. Hahahaha. Thurrteen ke? Eh tak lah 31 tahun. Uwaaaaaaaaaaaa. ;( Tak sangka semalam dapat hadiah hari jadi. I received 2 packets of duit raya. Banyak jugak! Hehehe. Alhamdullilah.

Sebenarnya tak rancang pun nak ada rumah terbuka. Sahajalah nak buat makan-makan. Kami buat keputusan pun hari Jumaat. Memang short notice sangat. Tapi Alhamdulillah berjalan lancar jugak. Kali ini kami masak sendiri jer. Tak macam dulu. Sebabnya lebih kurang makan-makan di Hari Raya. Nak buat simple-simple je. Tapi tak sangka pulak ramai yang datang. LOL. Kuah mee rebus yang Mummy masak tu 2 periuk besar. Sebab satu periuk pun dah untuk famili kami jer. Tapi tinggal suku je kuah. Licin semuanya.

Menu: Mee rebus, rendang pedas ayam, kuah kacang, nasi impit, lemang, ayam panggang, cheesy wedges. 

Dessert: Birthday cake, Pudding triffle dan marshmellow & fruit skewers chocolate fondue.

Gempak giler kan? Menu nak banyak jer. Terus kami semua ala-ala tangan masing-masing tukar mode jadi sotong kurita. LOL. Nasib baik kakak dan pembantu rumah tidur rumah Opah. Masak sikit-sikit buat preparation dari hari Sabtu sampai hari Ahad. Kami dah bahagikan job task masing-masing. Mummy sediakan kuah mee rebus, ayam panggang dan pudding triffle. Kakak pulak ayam rendang pedas dan kuah kacang. Opah pulak sediakan cucur. Selebihnya maid buatkan. LOL. Gambar pun mana sempat diambil jer sebab dah penat dan busy melayan tetamu. Semalam ada 6 batch yang datang. Satu batch dalam 5-6 orang. Rasanya dalam 50 orang jugak datang semalam.


Chocolate fondue set ni Opah beli dulu lama dah tak pakai. So, Mummy ada idea sahaja je nak meriahkan meja makan dengan marshmellow dan jugak fruit skewers. Lagi pun mesti kanak-kanak suka. Seronok tengok gelagat diorang. Abis okay marshmellow tu satu paket besar. Jenuh nak mencucuk dekat lidi tu. Untuk sos coklat tu senang je. Mummy cairkan marks & spencer chocolate bar ni tambah cooking chocolate biasa dan juga full cream milk supaya chocolate sauce ni tak pekat sangat dan beku. Just the right consistency untuk chocolate fondue. Memang sedap marshmellow dengan chocolate sauce. Tak caya buatlah. Budak-budak macam makan nasi makan menda ni. Hahahaha

Bayangkan satu pack marshmellow ni. Mummy cucuk ditolong oleh Qashrin. Pandai pulak dia buat tapi 3 batang je. Lepas tu "taknak buat dah lah Mummy. Ichin penat" Baru sikit dah penat. Nasib baik anak saudara lain seronok cucuk menda ni.

Yang sebelah kiri tu butter scotch candies dari Marks & Spencer jugak dan sebelah kanan tu kurma salut coklat. Banyak dapat dari hamper jamukan pada tetamu. Sebab takkan abis punya. Nanti dah expired terus ke cik tong pulak. Lagi berdosa.

Malam Sabtu tu. Mummy buat pudding triffle. Ini kali pertama Mummy buat lepas tengok blogger CikLilyPutih buat pudding triffle ni. Mummy pon tengok di blog lain. Hasilnya MEMANG SEDAP. Nanti Mummy kongsikan resipi. Lebih kurang sama jer dengan blogger lain buat. Yang gambar di atas ni Mummy letak buat strawberry dan toffee swissroll

Yang ini pulak buah peach dan pandan swissroll. Tengah-tengah tu kastard. Memang sedap. Licin!!

Birthday cake. Choc ganache sponge cake

Yang ini mee rebus condiments. Ada cucur udang, tauhu goreng, telur rebus, taugeh dan daun bawang.

Ayam panggang. Gambar cheesy wedges tak sempat snap. Licin jugak. Bukannya budak-budak je suka. Mak bapak budak pun laju. Saja je buat menu macam ni untuk budak-budak. Sian diorang takkan nak makan mee rebus. Tapi mak bapak budak pun makan juga. Hahaha


Aiyoooo. Ni sakit pinggang ke apa ni? Hehehe Cute!!!!! Baju atas bawah Poney Collection. Seluar dia terkejut Mummy tengok harga tag RM119 kot. Tops tu RM89. Harga tak mengalah. Sebab hari tu pilih je letak dekat kaunter. LOL. Bila tengok harga. Aiyoooo! Macam harga baju Mummy jer!!

With my heart and soul

Antara gambar tetamu yang kakak Mummyn ambil. Ini batch pertama. Gambar ni diambil di FB kakak Mummy. Hehehe


Tetamu batch yang ke 5. Family Eddy pun datang. Bapak dia cakap mee rebus ni sedap. Kembang kena puji. Okay semua cakap mee rebus sedap. Kalau sedap I mengaku. Tak sedap I menyorok. LOL

Tetamu terakhir datang, saudara jugak. Datang lepas maghrib. Sembang punya sembang sampai pukul 9 lebih kot. Lepas tu kemas-kemas rumah semua terbongkang tidur. Nasib Atok rajin mengemas. Hahaha Mummy dah mandi nak tidur je. Qashrin pon tidur gerak mandi tak lalu. Sian dia. Hari ni nak bangun pergi kerja kaki jalan dah macam penguin. Hahahahaha. Sakit kot diri lama memasak. Ngeh ngeh... Macam dah veteren je. Uwaaaaaaaaaaaa.... Takperlah apa nak buat.... Redha. LOL. 

Xoxo
Mummy Akmar