24/08/2013

Resipi Spaghetti Carbonara Yang Sedap Dan Mudah

Hari raya hari tu yang keberapa tak ingat dah. Kami semua dah boring makan menu Hari Raya. Ada satu petang tu masakkan sedikit untuk Qashrin. Ramai pulak anak saudara berebut-rebut sakan. Tak cukup ler pulak. Separuh dari spaghetti tu je masak pun. Anak saudara Mummy si Tisha tu bila ditanya "sedap ke Tisha" di jawab "best in the world". Ewah puji melebih. Tapi menda dah sikit tak puas pulak nak makan! Uish Kena masak lagi esoknya. LOL

Jadi, masak lagi sekali untuk lunch tapi ada dua anak saudara di rumah je. Anak saudara yang gebu geban tu. Masak satu peket spaghetti tu licin! Resipnya mudah sahaja sebab pakai Prego Pasta Sauce Carbonara Mushroom.




Resipi Spaghetti Carbonara 

Minyak zaitun
1/2 bawang besar didadu kecil-kecil
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 dada ayam besar didadu kecil-kecil
1 botol besar susu full cream dutch lady
1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
1/2 sudu kecil daun basil kering
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
1 biji telur - optional (tapi dalam resipi ni Mummy letak)
Parmesan cheese - optional (kalau takde pun takpe)
Garam 
1 paket spaghetti direbus sampai empuk "el-dente"

Cara-cara memasak.

1. Panaskan minyak zaitun lebih kurang agak-agak je. Kalau terlebih pon takpe sebab amat baik untuk kesihatan. Dah panas masukkan bawang besar masak seketika takperlu sampai garing, lepas tu masukkan bawang putih. Dah naik bau, masukkan pula dada ayam yang didadu kecil-kecil.

2. Agak-agak dada ayam dah empuk dan masak, terus masukkan 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom. Kacau seketika. Terus masukkan 1 botol susu full cream dutch lady. 

3. Seterusnya masukkanlah daun basil dan lada hitam. Biarkan mereneh. 

4. Lepas je spaghetti dah masak, masukkan terus dalam kuah carbonara tadi dan masak seketika sampai lembut spaghetti tu ikot tahap kelembutan yang korang suka. Bagi Mummy, I akan masakkan spaghetti tu dengan kuah baru mesra. Waktu rebuskan tu jangan sampai lembut sangat. Lepas tu air rebusan spaghetti jangan dibuang. Ambil air tu untuk jadikan tambahan dalam sos spaghetti yang akan memekatkan kuah.

5. Kalau agak pekat sos carbonara tu, tambahkan air dari rebusan spaghetti tadi ikot kepekatan yang korang suka jugak. Tapi Mummy buat banyak kuah. Lepas tu tambah garam dan biarkan merenih lagi. Sampai betul-betul masak spaghetti tu.

6. Tutup api dan terus letakkan telur sebijik yang dah dipukul siap. Kacau rata. Telur ni nak bagi kelemakan dan ia akan masak sendiri dari kepanasan yang membahang spaghetti tu. Kalau nak lemak lagi tambah lah 2 biji telur. Jangan letak telur waktu kuali atas api nanti terus jadi scramble egg pulak. Pastikan api sudah ditutup!

7. Akhir sekali tambahkan sedikit parmesan cheese kalau ada. (Mummy tak letak pon)

Inilah hasilnya. Memang sedap bau pun harum sekali.

Resipi Spaghetti Carbonara ni paling mudah dan cepat nak dibuat. Sedap pulak tu. Kalau nak tukar ayam ke chicken slice, turkey ham atau sosej pun boleh. Budak-budak ni siap request kuah nak banyak. So, korang bolehlah agak-agak kepekatan tu. Kalau tambahkan air lagi garam mesti cukup rasa atau lebihkan susu. Kuah ni akan pekat bila dah tutup api. Resipi ni confirm tak rasa muak sangat sebab sudah diuji kesedapannya. Hahaha. Bagi peminat Spaghetti Carbonara, bolehlah cuba resipi ini. 

Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar