09/08/2013

Persiapan Hari Raya Qashrin Dan Mummy

Dah berapa hari tak update . Terus sampai 2 entri sehari. Atau pon mungkin ada entri lagi satu lepas ni. Hahaha. Payback time katanya.  Suka betul tengok Qashrin gembira dapat baju raya. Raya kali ini memang banyak baju dia sebab tambah lagi shopping baju raya di KL seperti entri INI

Gambar ni di ambil sebelum pergi KL.  Masa Mummy gantungkan baju-baju ni. Qashrin tengah duduk di tengah katil lepas tu terus tersenyum muka dia. Mummy pon suruh dia ber-posing kejap. Semua baju-baju ni yang Mummy beli dari OSHKOSH dan Carters. Sampai dari USA ni. Hehehe. Ada jugak Mummy tambah 2 pants dan ballet dress Mummy beli di AEON Ipoh dan jugak Guess jeans untuk Qashrin. Bila tambah lagi baju yang di beli di KL banyak pulak

3 kasut untuk Mummy dan 2 kasut untuk Qashrin.

1 lagi kasut untuk Qashrin. Mummy beli di Poney KLCC. Qashrin cakap "mi, shine bright like a diamond". Hahaha....

Suka sangat dengan paper bag Barbie ni

Gambar ni sehari sebelum Raya. Amboi Pak Nek nak bagi duit berkepoi tu ke? Terima kasih. Hahahaha

Alhamdulillah syukur tak terkata dengan rezeki dari Allah untuk Qashrin dan Mummy. Mungkin rezeki ibu tunggal atau rezeki Qashrin? Apa-apa pun ini semua dari Allah. Amin!!!

Xoxo
Mummy Akmar