22/08/2013

Permintaan Tinggi Melambung

Hari ni lambat sikit nak update entry. Sangatlah sibuk banyak kerja. Pukul 4.00 petang nanti nak ke Jemputan Majlis Jamuan Hari Raya Y.B Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jadi, pukul 3.00 petang dah nak tutup pejabat lepas tu amik manager terus ke kediaman rasmi Y.B Dato'. Harus kena pergi untuk networking session with abang-abang gomen. LOL.



Lepas tu tadi manager I cakap nak mintak tolong. Memang dulu dia pernah cakap dia nak Mummy join team nyanyi lagu 1 Malaysia untuk Charity Dinner di Country Club. Okay jerlah Mummy setuju sebab ramai-ramai. Tiba-tiba tadi dia nak Mummy perform sorang-sorang atas stage nyanyi satu lagu macam dekat karaoke dulu. Whoahhhhhhhhhhhhhhhh. Takotttttttttt. Nak cakap taknak karang tak baik pulak sebab dia banyak menolong Mummy. Lepas tu pulak dia cakap dia nak submit payment. Pulak, ada payment payment pulak. Adoih saya ni mana lah reti nyanyi. Karaoke tu pon syok syok sendiri. Matilerrrrrrrrrr.

Kalau terima permintaan dia tu kes "berani mati" punya kes lah! LOL. Uwaaaaaaaaaa tengah mencari lagu apa nak nyanyi. Geeeessssssss. Mummy suka nyanyi lagu slow slow. Karang ada yang tertidur! Dah la attendees semuanya Doktor-Doktor, Pegawai Perubatan, Pengarah etc. Harus kena hadirkan diri tapi kena nyanyi lah pulak. Manalah tahu dapat tersangkut abang-abang Doktor pulak. Hahahaha. LOL Dah la iolls jenis darah gemuruh lagi nak nyanyi depan sorang-sorang.

Ini adalah lagu-lagu yang Mummy rasa okay kot untuk Charity Dinner atau majlis-majlis keramaian (konsep lagu-lagu yang Mummy suka nyanyi kalau karaoke). Ada jugak lagu English takkan nak nyanyi lagu Jennifer Lopez? Lagu zaman dolu-dolu. Tak reti lah kalau zaman Hetty Koes Endang. LOL. Apa pendapat uolls? Ada idea tak? Bagilah idea sikit lagu apa yang sesuai!! English pon takper....

Rossa - Ku Menunggu

Siti Nurhaliza - Percayalah

Ruth Sahanaya - Kaulah Segalanya

Rossa - Pudar

Agnes Monica - Matahariku 
Okay ini tak sesuai. Lagu ni kalau nyanyi nangis terus kena spare tissue LOL

I can't think of any songs that suitable for that event. Boleh ke nyanyi, karang suara sumbang terus malu. AFUNDI keluar sendiri terus. LOL Saja buat back up plan. Nak cuba cakap elok-elok tak mahu nyanyi sorang-sorang. Harap dia boleh terima. Kalau tak...................."kes berani mati". LOL

Xoxo
Mummy Akmar