20/08/2013

Open House Lagi

Minggu lepas Hari Raya ke 8 makan-makan di rumah abang. Rumah Pak Andak Qashrin. Makan lagi.....LOL. Qashrin sampai hari ni ada selesema lagi. Kejap baik kejap selesema balik. Beraya semua orang jamu air sejuk berwarna warni. Kalau tak bagi karang nangis. Aiseyman!!

Jamuan lepas maghrib. Qashrin dan Opah dah ada dekat rumah Mak Der (kakak Mummy). Sebab dekat je rumah dia dengan rumah abang lagi satu. Jadinya dari pejabat terus pergi ke sana jerlah.


Dah siap-siap mandi dekat rumah Mak Der. Alaaa tomei! Dia pakai dress Poney Collection

Mummy pun mandilah sekali dekat sana. Pakai je baju kerja balik. Opah tak plan pun nak keluar dengan Mak Der terus dia pergi rumah dia stay situ terus. Perkara pertama sampai. Haruslah testing Samsung Galaxy S4 Zoom ni. LOL. Masih nak cuba tangkap gambar supaya nampak cun melecun. Tengah belajar ni. Kalau tak cantik tak tahu ler. Hahaha


Gambar makanan semua Mummy pakai setting SMART MODE: FOOD


Kuih-kuih yang ada. 

Choc cake in cuppies

Segala yang ada untuk di makan dengan laksa. Tangan pun masuk sekali la plak. LOL

Bihun goreng and sandwich pun ada

Marilah kita makan!

Gambar-gambar ni pakai Setting: Auto

Kitorang tetamu first batch. Lepas tu datang lagi dan lagi... Opah suka ler tu jumpa kawan lama dia. Kawinkan anak masing-masing. Hahaha. Lagi sorang tu pun kawan lama diorang jugak.

Saja snap gambar bergerak. Tapi boleh je pakai BEST SHOT / KIDS SHOT

Main tak henti-henti si kenit ni. 

Geng-geng iPad

Gambar ni pakai Zoom 10x

Tempat duduk kami dari pintu masuk. Kakak ipar cuba pakai Zoom. Memang jelas sangat magnet fridge peti ais tu. 

Mari kita tengok Qashrin main keyboard ni. "Pandai" dia main. LOL


Balik dari open house hari hujan. Memang best tidur lepas kenyang. Hahaha. Itulah ceritanya.

Xoxo
Mummy Akmar