27/08/2013

Mini MAHA Peringkat Daerah Kinta & Kampar 2013

Jumaat lalu berkesempatanlah Mummy turun ke Mini MAHA Peringkat Daerah Kinta & Kampar di Tesco Extra anjuran Jabatan Pertanian Negeri Perak yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Tajuddin Bin Abdul Rahman Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Expo ini diadakan dari 23 - 25 Ogos 2013. Abis kerja terus amik Qashrin dan Opah sahajalah tunjjuk muka sekejap sebab kami ada terima jemputan. Walaupun dah lambat sikit. Bersyukur sangat dengan layanan yang diberikan.

Pelbagai aktiviti yang menarik dianjurkan antaranya pameran agensi dan jom rasa produk IAT, cabutan bertuah, pertandingan hasil tani, pertandingan mengukir buah, pertandingan memotong nenas, pertandingan mewarna (kanak-kanak), demo memproses durian crepe, pertandingan mengopek buah durian, demo memproses kelapa botak. 

Macam-macam ada yang dipamerkan hasil dari pertanian dan juga teknologi yang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran hasil tani. Termasuk juga alat moden dan canggih untuk peniaga seperti mesin ayam golek antara yang Mummy nampak.

Antara gambar yang sempat disnap

Macam-macam end product yang dihasilkan dari buah-buahan dan sayur sayuran

Makan nasi minyak, kambing stew, fish fillet sweet and sour, acar buah, mixed vege. 

Ramai orang melayan Qashrin. Dapat goodie bags lagi.

Marilah berposing di mini fountain tu. LOL

Confident anak I. Menteri jugak ke ni. LOL

Lepas sahaja makan-makan di sini. Terus kami ke open house rukun tetangga Bercham. Makan lagi lah nampak gayanya. Macam-macam ada mee bandung, laksa, pasta goreng, lemang, ketupat, rendang pedas, kuah kacang dan bermacam-macam yang lain. Balik rumah tayah dinner sebab dah kenyang. Hihihihi.

Hari Sabtu pulak kami ke Kinta Riverfront Hotel & Suites sarapan pagi di sana terus check-in tidur semalam. Kenapa? Jom baca entri seterusnya.

Xoxo
Mummy Akmar