23/08/2013

Majlis Jamuan Hari Raya Y.B. Dato' Setiausaha Negeri Perak 2013

Sebulan ni memang banyak jamuan hari raya yang akan diadakan. Minggu depan hari Selasa pulak akan diadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UTC Perak untuk ketua dan petugas agensi. Makan lagilah nampak gayanya. LOL.


Semalam pulak Majlis Jamuan Hari raya Y.B Dato' Setiausaha Negeri Perak Dato' Abdul Puhat B. Mat Nayan. Pertama kali ke kediaman rasmi beliau. Majlis pula diserikan lagi dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah & Duli Yang Maha Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim. Sebelum itu keberangkatan Tuanku Raja Dihilir dan juga isterinya. 

Kami sampai 10 minit awal sebelum pukul 4.00pm memang penuh kereta dan jalan sesak. Nasib baik dapat parkir kereta dekat dengan pintu masuk kediaman Y.B Dato'. Majlis bermula setelah ketibaan tetamu VVIP. Memang meriah betul dengan persembahan dan nyanyian. Bagi meja-meja VIP semuanya juadah hidangan disediakan dengan menggunakan dome. Dan untuk tetamu yang lain disediakan booth-booth dari Jabatan-Jabatan dan Agensi Kerajaan dari Negeri Perak. 

Takdelah banyak sangat ambil gambar. Memang tak tertangkap gambarnya sebab photographer yang lain semua laki-laki berebut-rebut nak ambil gambar. Mahu karang jatuh terpeleot Mummy. LOL Gambar-gambar ni mana sempat di ambil sahaja. 

Pentas dengan Live Band dan nyanyian dari kumpulan apa nama dah lupa dan juga dari Jabatan-jabatan Kerajaan. Pakai S4 Zoom ni. Terang dan jelas.

Mulanya keberangkatan tiba Raja Dihilir dan isteri.

Kemudian ketibaan Duli Yang Maha Mulia Raja Dr. Nazrin dan isteri. Penuh cameraman depan tu. Kita tunggu depan ni tak berapa nak nampak sebab dipenuhi dengan entourage.

Yeay!. Dapat bersalaman dengan Tuanku Zara. Memang cantik. Pandangan matanya yang bersinar dan sangat peramah. Daripada jauh sebelum sampai dihadapan dapat snap photo kena zoom dari jauh. Ini pun photographer dah berhimpit. LOL

Meja untuk VVIP dan VIP yang lain.

Gambar sebelum orang ramai.

Kami duduk di meja khas untuk Ketua-Ketua Jabatan

Menu. Haih. Pakeeza caterernya. LOL 

Antara menu yang ada. 

Goodie bags dengan kuih raya dan kipas

Menu yang ada semalam.

With other Ketua Jabatan

p/s: Nak tengok gambar dengan jelas klik satu-satu

Meriah sangat semalam. Booth dari awal khemah satu pusingan ke belakang hingga ke hujung sana. Masing-masing sediakan juadah yang sedap. Untuk meja-meja biasa, mereka semua ambil makanan dari booth. Kebanyakkan ada yang sediakan sendiri dan ada yang mereka hired vendor dari luar. Semalam ada nampak Laksa Telur Goreng Kuala Kangsar dan beberapa penjual yang lain. Macam-macam ada, satay, lemang, nasi beriyani kambing panggang, buah-buahan, pencuci mulut yang bermacam-macam, durian crepe ada, sup-sup ada. Macam-macam tak ter-list. Dalam 30-40 booth ada. Semua sedap-sedap!!

Balik rumah dah kepenatan. Oh yer dapat duit raya RM100 dari Manager. Thank you!! LOL.

Xoxo
Mummy Akmar