27/08/2013

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UTC Perak 2013

Oh! Makan lagi..... Yer makan-makan Hari Raya. Tak tahulah bila nak mengecik badan ni kalau dah kena sumbat jer. LOL. Tadi baru je pergi Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UTC Perak. Macam-macam ada. Siap ada Live Band lagi. Sesiapa-sesiapa nak karaoke pon boleh. Sampai sekarang dah pukul 4 petang ni bergema lagi suasana sebab ada lagi yang masih ber-karaoke lagi. Jamuan diadakan di ruang legar depan bilik mesyuarat dari awal hingga hujung sana.


Antara juadah yang dihidangkan, kuih raya, laksa, mee jawa, ketupat kuah kacang, popiah goreng, lemang dan rendang pedas ayam, murtabak dan kuah kari, nasi goreng, bahulu, air sejuk dan panas. Ini je yang Mummy ingat atau ada yang lain tak pasti. Penuh padat. Mulanya kami makan berdiri lepas tu nasib ada tempat duduk.

Ramainya orang.

Budak sekolah ni pon diorang jemput makan

Konsep meja-meja untuk setiap makanan. Yang ni mee jawa.

Esok malam pulak ada Jamuan Hari Raya Ibu Pejabat Kontinjen Perak di Mes Pegawai Kanan Polis Kontinjen Perak. Makan-makan lagi. Kena pergi jugaklah nampak gayanya sebab dijemput. Bukan taknak pergi tapi balik malam sorang-sorang tu takot ler pulak tapi terpaksa pergi.

Xoxo
Mummy Akmar