13/08/2013

Iftar Hari Yang Ke Tiga Puluh Di Rumah Abang

Walaupun dah masuk bulan Syawal. Nak jugak update kannnnn. Hahahaha. Yerlah mana la sempat nak ber-blogging bagai waktu sebelum nak raya. Time tu dah sebok pasal memasak lauk pauk, siapkan rumah mana yang patut, lepas tu nak pastikan baju raya siap diambil dari kedai.

Hari terakhir Ramadhan 2013 hari tu, kami semua adik beradik yang ada di Ipoh berbuka di rumah Abang Mummy. Isteri dia membuat sistem barter dengan Mummy. Iaitu dia masakkan untuk juadah berbuka dan Mummy kena masakan rendang pedas ayam 1 ekor. Okay DEAL! Hahaha. Nak tak nak kena jugak masak. Abang Mummy banyak membantu Mummy dan Qashrin. Qashrin tu anak saudara kesayangan dia walaupun suka menyakat tiap kali jumpa.

Menu berbuka hari tu agak kebaratan sikit. Bukannya apa takde menu nasi lauk campur. Mama Oya (kakak ipar Mummy) telah menyediakan hidangan lazat untuk kami semua. Ayam panggang, mixed vege, mashed potato dan potato au-gratin. Yang selebihnya juadah di pagi hari raya. Kiranya kami berhari raya dulu. Hahaha.

Mama oya dah siap sedia dengan balang-balang kuih dan cekelat bertingkek tingkek. Ubat Qashrin ler tu. Takper makan banyak-banyak sebab cekelat berkualiti tinggi. Hahah

Ini baru first batch of ayam-ayam yang dipanggang. Ada lagi udang dan sotong. 

Sayur yang diletakkan sedikit herbs dan dikukus. Amat berkhasiat.

Kita beraya dulu walaupun esok raya. Rendang pedas tu imported dari rumah Mummy. Penat okay 3 ekor ayam Mummy masak. Pheww~

Antara yang masih tak reti nak bangun makan tak henti-henti. Especially anak saudara yang tengah-tengah berbaju biru tu. Rasanya seekor ayam panggang dalam perut dia. Ahahaha. Katanya balas dendam sebab raya tahun lepas tak dapat makan ayam panggang mama oya sebab demam denggi

Ada yang main Xbox. Ini kes sugar rush ke apa. Tak kenal erti penat dan lelah. Berpeluh-peluh tahap gaban

Satu hari dia main Xbox datang rumah Opah main bunga api dan mercun segala bagai. Naik pekak telinga Mummy. Yang tukang bakar mercun Pak Andak dengan Edry. Pekak telinga. Qashrin sanggup duduk dekat luar nak tengok diorang ni.

Cahaya aidilfitiri gitu. Esok dah hari raya. Diorang bakar segala apa yang ada. 

Itulah aktiviti kami setiap menjelang hari raya. Malam raya kena special sikit. Kadang kami buat pesanan makanan dari luar sama ada fast food, seafood atau ada yang memasak. Yerlah satu hari dah penat memasak lauk untuk Hari Raya. Berbuka mesti kena beli atau ada yang volunteer nak memasak. 

Bagaimana dengan malam hari raya anda semua? Mesti seronok berkumpul dengan adik beradik dan aktiviti makan-makan yang best!!

Xoxo
Mummy Akmar