05/08/2013

Iftar Hari Yang Ke Dua Puluh Enam Dengan Kari Ketam Lagi

Semalam Mummy masak memasak lagi. Opah dan anak saudara yang lain request kari ketam lagi. Mummy pon macam rasa tak puas makan kari ketam hari tu. So, buat lagi ler kari ketam. Kali ini Opah beli 3.5kg ketam. Ketam kali ni besar-besar. Kalau nak resipi boleh dapatkan di SINI . Bukan menu kari ketam sahaja, udang pon Mummy masak semalam. Bestnya makan seafood semalam. Dah masak dua menu tu, sayur broccoli Opah kena masakkan sebab dah tak lalu dah. Hahaha...

Pagi-pagi kami ke Pasar Besar Ipoh nak beli ketam dan udang. Qashrin pun nak ikot jugak. Siap bawak pisau. Hahaha. Penuh dalam kereta Mummy dengan mainan dan buku-buku dia ni. 

Ketam dan udang goreng tu untuk Qashrin. Bawah pinggan tu kuah kari ketam yang Mummy asingkan. Senang nanti diorang nak ambil makan dengan nasi. Kali ni buat kuah lebih sikit, hari tu komplen tak puas makan kuah kari ketam tu.

Okay memang puas makan kari ketam ada lagi sambal tumis udang. Syukur sangat berbuka puasa semalam. Nyum nyum.....

Xoxo
Mummy Akmar