01/08/2013

Iftar Hari Ke Dua Puluh Tiga Di Sushi King

Semalam Mummy, Qashrin dan Opah cadangannya nak berbuka di Kenny Rogers Aeon. Sekali sampai-sampai sana dalam jam 6.30petang dah fully booked. Pergi Pizza Hut pon sama pergi Johnny's pon sama. McD dan KFC dah tak lalu dah. Kalau nak keluar makan di luar dah malas dah, nak ke parkir lagi segala bagai. Makanya terus kami ke Sushi King.

Opah tak berkenan sangat dengan makanan Jepun ni melainkan tepanyaki. So, Mummy cuba amik sepaling ringkas set menu yang ada. Yang penting bergoreng. Macam biasa, bila Mummy buat pesanan dalam keadaan yang lapar (Hahaha), mula lah pesanan tu meriah. Dah tak lalu nak abis.


Waktu beratur depan Kenny Rogers, Qashrin pulak nampak kios Famous Amos dok mintak "mi nak candy, nak candy". Terus Mak nya terbeli cookies. Hehehe Ini untuk dessert

Mula-mula kami duduk di tepi sebab makan menu ala-cart lepas tu pulak meja lain semua penuh. Si kecik ni dok main rumah-rumah. Kejap pindah tempat Mummy kejap dekat tempat Opah

Makan candy sambil posing. Hahaha. Siap keluar pon ada.

Nampak meja tepi menda pusing pusing ni kami tukar tempat duduk

Ini Mummy punya, Piri piri chicken set ada cawanmushi, sup, nasi dan ayam. Sedap!

Air peach yakult. Sedap!

Kids meal, tanya Qashrin dia nak mee pulak. Orang suruh makan nasi taknak. Makan dah la sikit je. Kids meal ni set udon, ada 2 ketul sushi, air yakult dan ice cream

Opah punya Mixed Bento Set yang ada mini salad dan croquette. Tanpa sweet sos suruh letak mayo je

Mulanya order set, sekali tengok sushi dalam katalog tu sedap pulak lah kan. Order yang ini pulak. Bungkus bawak balik bakinya.

Qashrin makan nasi Mummy 2 sudu makan udon sikit je. Ais krim dia laju.

Makan dekat Sushi King memang cepat  muak sebab nasi dia nasi macam pulut. Jadi buatlah order dengan berhemah. Biasalah sebelum berbuka semua nampak tempting. Lepas abis set nasi kecil tu memang dah kenyang giler. Tapi apakan daya sushi-sushi tu kena makan jugak. Lagi la kenyang to da max. Last-last berbungkus lah sushi-sushi balance yang ada. Dok dalam peti ais. Hehehe. 

Tak sangka dah 23 hari kita berpuasa. Lagi 1 minggu je nak raya. Tadi masuk-masuk je UTC, meriah betul dengan lampu kelip kelip, ketupat gantung dan siap pasang lagu raya lagi. *sob sob*. Baju kurung 3 pasang untuk Mummy dan Qashrin dah siap. Insya Allah Jumaat ni nak ke KL shopping Raya. Weeeeeee. Gembira lah hati sikit.

Uolls dah shopping baju raya ke?

Xoxo
Mummy Akmar