05/08/2013

Iftar Hari Ke Dua Puluh Empat Di Secret Recipe

Sepatutnya kami ke KL Jumaat lepas tapi keadaan tak mengizinkan. Pertukaran perancangan dan Mummy pun tak berapa nak sihat. Selesema pulak dah rasa macam badan nak demam. Kami akan ke KL hari ini petang karang dan balik esok. Kalau jadi pergi. So, petang Jumaat minggu lepas tu nak berbuka nak memasak pon tak larat. Jadi makan di luar sahajalah. Anak saudara pilih Secret Recipe sebab dah boring makan buffet Ramadan.

Si kenit ni tak reti duduk diam. Melompat-lompat. Menyanyi-nyanyi lagu satu Malaysia sebab nampak bendera kecil atas pinggan dia. Dia ni nampak je bendera akan nyanyi lagu 1 Malaysia. Kalau nampak logo 1 Malaysia "mi tempat kerja Mummy UTC". Lepas abis makan siap baca doa kuat-kuat. Semua orang dok tengok keletah dia ni. Hahaahaa

Kalau order 3 main course boleh dapat FREE appetizer. Kami pilih spring rolls

Yang ini kids menu untuk Qashrin. Fish and Chips. Banyak jugak dia makan sebab teruja dengan alphabet fries tu

Opah punya Blackpepper chicken chop. Tapi tak letak gravy sebab nanti naik gulanya

Ini Mummy punya Chicken Parmigiana. Pertama kali cuba yang ini sebab selalu menu yang lain. Boleh lah. Hidung pon tersumbat telan ajer.

Yang ini anak saudara Mummy punya. Pergi mana-mana Secret Recipe, dia akan order menu ini je. 

Dalam tak berapa nak sihat tu. Teringin coke float. Ada pulak A&W Float. Malam tu hidung macam pili. Hahahaha. 

Opah punya apple juice without sugar Aiman punya pulak air Iced Choco.


Dah makan-makan tu ada jugak order dessert. Brownies with ice cream. Gambar tak sempat pulak nak snap. Kami share sahaja. Tengok balik gambar. Meriah jugak makanan kami hari tu. Ohh yer, Secret Recipe bagi FREE air sirap dan kurma untuk berbuka puasa. Alhamduliillah....

Qashrin pun tengah selesema ni mesti jangkit dari Mummy. Malam tadi pergi cari ubat untuk dia. Semoga cepat sembuh. Kan dah nak RAYA!!

Xoxo
Mummy Akmar