14/08/2013

Hari Raya Pertama Kami

Assalam semua. Selamat Hari Raya!! Mood raya ada lagi kan. Mesti ada yang cuti lagi ada yang dah kerja. Mummy pulak, semalam dah mula bekerja. Walaupun bekerja semangat dan suasana Hari Raya tu masih ada di pejabat ni. Masuk-masuk entrance UTC ni penuh dengan lampu kelip kelip dan kedengaran lagu raya di udara.

Hari Raya Pertama kami macam seperti tahun-tahun yang lalu. Mummy dan Qashrin dah beraya 3 tahun bersama-sama. Kali ini Qashrin dah lebih membesar dan petah bercakap. Nak uruskan Qashrin pun lebih mudah berbanding masa kecik-kecik dulu. Kalau waktu raya mesti macam padat jugak aktiviti nak menyiapkan anak Mummy tu. Inilah rutin ibu tunggal. Semua kena buat sendiri untuk anak kalau tak, siapa nak buatkan.

Persiapan juadah Hari Raya seperti tahun-tahun lepas. Menu wajib yang kena terhidang atas meja. Rendang pedas ayam, rendang tok, kuah kacang, ketupat daun palas, ketupat beras dan lemang. Ini memang WAJIB kena ada macam rumah-rumah lain. Dah berapa tahun semua dibeli sahaja kalau nak dibandingkan dulu semua menu wajib tu kami buat sendiri. Kalau beli ni memang rasa dia lain sikit dari yang kita masak sendiri tapi jadilah daripada takde. Tahun ni menu yang dimasak adalah rendang pedas ayam dan kuah kacang sahaja. Masak kuah kacang pun pukul 1 pagi. Sebab dah berbuka penat sesangat sebab dah masak rendang pedas lagi. Yang lain semua beli. Kalau beli pon memang cari yang paling sedap dan rasanya nak lebih kurang sama macam resipi Opah masak. Untuk kueh raya pulak ada lebih kurang 10 jenis dan juga tambahan lagi kerepek-kerepek lain macam rempeyek yang seangkatan dengannya. Gambar makanan pun tak sempat nak snap. Sibuk dan penat memasak. Dah penat, nak snap photo pon tak larat. Oh yer tak lupa jugak minuman bergas seperti gambar di bawah ini. Hahaha WAJIB jugak.

Ini je gambar yang Mummy sempat ambil. Antara juadah hari raya.

Gambar ni diambil pagi-pagi raya. Memang setiap tahun, bangun pagi. Kami akan station di sini dulu tengok takbir raya. Hahaha Sebelum mandi. Waktu ni lah nak fefeling syahdu bagai.  Kusyuk betul muka Qashrin tengok takbir raya dengan bantal bucuk dia tu. Yang lelaki pulak pergi solat raya.

Lepas mandi dah mekap segala haruslah selfie moment kan...Hahaha Confident Mummy pakai baju peplum. Hahaha

Tiga baju raya Qashrin berkonsepkan peplum kurung. Yang ini raya pertama punya. Dua pasang lagi tak pakai lagi. Entah bila nak pakai. Satu kain satin purple satu lagi cotton bunga-bunga. Sama dengan Mummy. Tapi baju Mummy satu je kurung peplum. Tak berani! Hahaha

Ini anak dara Mummy. Mula pakai kasut Barbie tapi bila kita nak beraya dia pakai kasut glitter merah menyala dia tu yang dipadankan dengan handbeg merah glitter jugak.

Mintak ampoon Opah...

Si kenit ni boleh pulak moody! Dia taknak salam dengan Opah. Hahahaha. Kejap je tu karang okay la balik.

Bila ramai dah sampai rumah Opah, kaunter duit raya di buka. Ramai yang beratur nak dapat kumpul duit raya. Dah macam kapal pecah bising rumah ni. Ada adik beradik yang takde sebab beraya di rumah mertua masing-masing. Tengok gelagat Qashrin ni kelakar betul

Potong line lagi tu. Hahaha

Dulu masa Qashrin kecik takleh berjalan. Mummy tukang dukung. Kalau beratur panjang tu, Mummy yang paling besar. Hahahah 

Dah malas nak pakai sling bag lah tu

Adoihai. Ke hulu ke hilir dengan bantal bucuk nya

Salam dengan Ayah Yob. Thanks Ayah Yob

Thanks Pak Nek. Duit raya paling tinggi  nilainya semua anak saudara dapat RM50. Yerlah butang baju RM16k dengan sampin RM8k takkan nak bagi RM5 je kan. Hahahaha.


Dah makan kenyang-kenyang dan bersalam-salaman tu. Kitaorang selalunya akan pergi ke rumah kakak Atok di Rapat Setia. Lepas tu ke rumah Kakak Opah di Pekan Razaki. Lepas tu adegan bebas. Pergi ke rumah berhari raya rumah kawan-kawan Abang Mummy. Kutip duit raya. Hahahaha

Di rumah Opah Nyah. With sisters, cousin and in law. Mummy tak berapa nak sihat. Sebab perut macam meragam. Malam sebelum tu tak makan nasi makan ayam panggang dengan cili sos. Lepas tu pagi raya makan lemang ketupat segala dengan air gas. Memang perut I dah macam roller coaster berlaga-laga dengan air gas dan pulut. Siap muntah lagi di rumah ni. Dah muntah continue makan balik. Hahahaha

Sebelum balik harus group photo gini. Semua dah carry-carry anak ni. Hahaha

Lepas tu pergi pulak ke rumah Opah Wer


Di rumah Eddy. Tenghari makan nasi minyak lauk kenduri. Malam pulak makan mee jawa. Sedapnyaaaa!

Abis makan-makan tanpa henti. Hahaha Dah balik beraya tu. Qashrin sampai tertidur dalam kereta. Sampai je rumah dia jadi cergas tak tahu kenapa. Walhal dalam kereta punya la lentok 360 darjah konon penat bebenor. Mummy tukar baju pasang air cond. Tidur!! Nak tahu apa Qashrin buat. 

Dia tukar baju sendiri. Lepas tu amik pinggang plastik ni bawak masuk bilik. Gerak Mummy. Terus Mummy snap gambar ni. Hahahaha

Itulah cerita hari raya pertama Mummy. Dah panjang sangat kot. Hahaha jenuh korang nak membacanya kan. Tak masuk hari raya kedua ketiga keempat. Penat dah menaip ni. Adeyh lapar!! =( 

Xoxo
Mummy Akmar