20/08/2013

Hari Raya Kelima

Hari Ahad tu kami buat aktiviti sendiri. Mummy, Qashrin, Abang Edry & Abang Adrian (2 orang anak buah). Kami tengok wayang. Daddy diorang bagi RM100 suruh bawak budak-budak bandar ni dah kepanasan boring duduk rumah Opah. Geng diorang lagi sorang beraya di Kuala Lumpur. So, mati akal ler boring.

Kami tengok wayang di Aeon Kinta City (Jusco Ipoh). Sampai agak awal jugak takot kehabisan tiket macam dulu. Kami pun dengan kata sepakat tengok cerita Percy Jackson : Sea of Monsters. Konon nak tengok The Conjuring tapi takot tak lepas budak-budak kecik ni. Lepas tu takot terjerit tak hengat dunia. LOL. Cerita Percy Jackson ni memang best. Bagi Mummy la, tak tahu ler yang lain.

Dah beli tiket. Lunch pun belom lagi. Kami makan di Johnny's. Makan steamboat. Kalau bawak Edry dan Adrian ni makanan takleh sikit-sikit lepas tu pulak order nak yang mahal jer. Ikan salmon nak berpinggan-pinggan, daging, sotong. Menda-menda yang diorang suka makan. Menda lain yang murah-murah tu diorang tak makan. LOL. Kalau tak dibendung memang diorang pakai main hentam lah order! Dah la Mummy yang belanja. Dah kenyang-kenyang semua tu menghala ke panggung wayang.


Nak chopstick jugak. Jangan tercekik sudah yer. Qashrin pakai bodywrap dress dari Poney Collection jugak dan cardigan Marks & Spencer. Baju dia siap ada line-line dekat dada. Cantik. Tapi warna sangat pastel. 

Tengah mengunyah Mummy snap. Terus molot dia jadi gini. LOL Banyak betul Qashrin makan. Nasi, sup, ikan salmon, ayam. Kembung perut dia Mummy sumbat. 

Sebelum masuk kenalah beli makanan kan. Dengan hotdogs, popcorn, air, jagung. Semua lengkap. Okay RM100 tu tak cukup! LOL. Diorang cakap "takper nanti mintak balance dekat daddy". Pandai pulak budak-budak ni kan. Dah abis tengok cerita Percy Jackson tu, boleh lagi nak mintak Hotdogs lagi. LOL Dengan Mummy pon beli lagi. Makan dalam kereta. Hahahahaha. Dah makan dalam kereta. Edry pulak cakap "achu kalau minum air chatime best kan?????" Budak ni pandai betul la nak menghabiskan duit. Ikot jugak kata-kata manis dia. Sebab macam dah lama tak minum chatime. Sebab keluar TV katanya makan bijik-bijik hitam Chatime boleh rosak buah pinggang. Opah memang banned terus dah. Itu pasal kami dah lama tak ber-chatime. Bila Edry bagi idea hebat dia tu nak ber-chatime. Terus Qashrin cakap "ehh Chatime tak boleh minum nanti sakit pinggang". LOL Kami semua gelak ketawa. Hahahahaha. Edry pulak cakap tu dekat Taiwan je Malaysia takde apa-apa. Qashrin pulak kata Opah tak bagi minum Chatime.

Sementara tunggu Edry beli untuk kami. Snap gambar dulu. Habis tengok wayang mintak jagung pulak. Sebelum tadi jagung ada satu. Kena share. Lepas tu Qashrin ada selesema minum Chatime memang lah combo terbaik. 

Beli Chatime dekat The Gardens. Waktu ni lah ternampak kedai Samsung. Terus terminat nak beli Samsung Galaxy S4 Zoom. Hahaha.


Itulah ceritanya. Kalau dengan budak-budak ni. Duit kena bawak banyak-banyak. LOL. Tapi nasib baik Ayah Yob ganti balik duit Mummy walaupun niat nak belanja. Hahahaha.

Xoxo
Mummy Akmar