16/08/2013

Hari Raya Kedua & Ketiga

Cerita hari raya lagi. Biasalah semua mak-mak yang ada blog ni akan rajin nak update cerita hari raya famili, anak dan saudara-mara dalam blog memasing. Termasuklah diri ini. Hahaha.


Hari Raya Kedua

Dah mulalah aksi masak memasak Mummy. Memang takde siapa nak masak di rumah tu melainkan Mummy. Bukan puji tapi memang realiti. Kalau ada kakak kedua datang dengan pembantu rumah dia. Dioranglah menolong. Kalau diorang takde Opah tukang potong-potong je. Hari raya kedua memang dah kena ada menu lain. Takkan nak makan lemang dan ketupat daun palas lagi. So, Mummy masak mee/kuetiow kari seperiuk besar. Tapi sedih tak sempat nak snap photo. Sebab penat memasak. Ramai yang puji Mee Kari I sedap. Hahaha Kembang pulak siap ada yang cakap "kalau ada kerang lagi sedap ni". Lepas masak-memasak hari tu kitaorang beraya 3 buah rumah. Memang banyak tak snap photo. Bateri BB pon dah kaput (konsep takde powerbank). Ahahaha. Memang penat giler hari tu beraya sampai 3 buah rumah. Adalah sempat tangkap beberapa gambar di bawah.

My super girl! Mwahs. Qashrin pakai overall brand Poney.

Rumah pertama di rumah kakak ipar punya mak (Auntie Azni). Menu yang ada lontong dimakan dengan nasi impit, sambal tumis ikan bilis, ayam masak merah pon ada, satay dan kuah kacang. Ada menu lain tak ingat.

Rumah kedua di rumah kakak ipar punya kawan. Menu yang ada laksa dan nasi lemak sambal bilis dan udang.

Rumah ketiga pulak kawan kakak ipar. Tak sempat nak snap photo pun. Di sana kami makan hotdogs cheese dan spaghetti bolognese. Semua macam berselera sangat sebab dah tak lalu lauk raya. 


Hari Raya Ketiga

Memang tak pergi kemana-mana. Tunggu tetamu datang jer. Nak duduk ruamh bersantai. Lagi pun hari Ahad iaitu hari bermalas-malasan. Hehehehe Tengok TV rancangan Hari Raya sambil makan-makan lauk tenghari beli je. Tengah hari kitorang makan Nasi Vanggey @ Nasi Ganja. Malam pon beli luar jer.

Meeting apa tu. Qashrin pakai dress Carters dan Sara pulak pakai dress Pumpkin Patch

=)

Apa ni senyum tak ikhlas! 

Malam raya ketiga tu kami pergi beraya di rumah kawan abang sulong. Qashrin pakai tees OKBG dan seluar F.O.S. Terus tidur pakai baju ni. Gambar tak mandi lagi.


Sampai sini dulu. Hari ni macam mengantuk pulak. Semalam balik lambat beraya rumah abang. Makan-makan lagi malam tadi. Heeeee~

Xoxo
Mummy Akmar